Tuesday, February 3, 2009

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI KL

Kali nie cerita bukan cerita kek.. Jalan-jalan cari makan di KL. Cuti masa CNY.My family semua berkumpul di rumah adik ja di KL. Kami 4 beradik je.. Aku, pidi , ja n Hani. Tinggal Hani je yg. lum kahwin. Bertolak dari Ipoh dalm kul 1 tgh. Singgah jap lunch kt. mee rebus ramli, tasek. Ingat nak ke BWY Puchong, tertinggal lak map kat rumah..main redah je.. sampai je kul 5 . kedai lak baru tutup.. Geramnya..Patah balik ke Shah Alam, ajak hubby pergi Bagus kt stadium tu. hujan lak punyalah lebat..nasib baik buka lagi n souffle cup pun ada .. tahun lepas ke sana tak ada lakk. Kali niee aku borong betoi-betoi..Geramm.Kt. Ipoh niee kejap ada kejap tak ada.. asyik habis stok je. Sampai rumah adik kt pukul 6.30 ptg.. Mak n Pidi pun dah sampai dari Sg. Petani. Malam tak ke mana. Makan kat rumah..

Wahh Ira, dikelilingi oleh hero-hero yang mancho..Posing kat rumah adik bersama kereta Impak Maksima.. kata Faris..

Nie gambar kat Sate Haji Samurie Bukit Tinggi. Ira bersama Faiz (anak Pidi) n Alia( anak Ja).

Hari Ahad pi Jusco kat Bukit Tinggi, shopping sikit n lunch kat sate haji samurie kat Bukit Tinggi. Masa nie mak n hero-hero tak ikut. My hubby lak gi KL ada keja sikit. Pukul 3 baru balik rumah..Rupa-rupa yg. kat rumah tunggu nak makan sekali..ehhhh.. Dinner lak makan Domino's piza.


Nie gambar mak n ayah. Pasangan yang romantik tau.. Siap pegang tangan lagi.. Jalan nak ke Aquaria. Sebenarnya mak dah tak larat nak jalan.ehhh..


Nie gambar kat Aquaria, my hubby n adik ku Pidi serta mak n ayah.

Hari Isnin pi Aquaria KLCC. ramainya orang...Lunch kat K**.Nanti kena kutuk..Tak sensitive langsung pasai boikot.. Lepas lunch terus balik, hubby tidur jap. Kul 5 ajak pi IKEA, tup-tup Ja kata malam nie nak makan kat Muara Tanjung Harapan.. Langsung tak jadi pi IKEA tak sempat. Mana boleh masuk IKEA 1 jam je..ehhh..Sampai kat Muara dalam kul 9 mlm, Orang punyalah ramai, ikan siakap pun dah habis.. Siap beratur lagi nak pilih ikan..Mesti taukeh niee untung puluh-puluh ribu satu malam. Kami je dah berapa??? Meja ada kot kat 60 meja. Tapi kali nie kurang sedap sikit la.. sebelum nie memang puas makan..

Nie gambar tengah tunggu makanan.. semua dah ngantukk. Bila makanan dah sampai.. langsung lupa nak snap. Yg. hujung baju kuning tu le adik ipar ku Man n sebelah tu adik ku Ja, sebelah Ja adik iparku Ida. Berhadapan ngan Ja , adikku yg. kecik Hani.Faham ke...ehhh.

Balik je terus Zzzzzz. Ngantuk n kekenyangan. Semua program n makan-makan di atas sponsor by Man Ja. Semoga dimurahi rezeki ,Amin... next time boleh belanja lagi..eehh.

Hari selasa, pagi terus bersiap-siap nak balik Ipoh. Pagi nie masak nasi lemak, sambal dibuat oleh mak. Seperti biasa, sedap hingga menjilat jari..ehh..Hajat nak ke IKEA tak tercapai gak, pidi nak balik awal. Kesian lak kat mak n ayah aku nak tunggu nanti. Tak pelah lain kali pergi..Selamat duit aku..ehhh. Cerita pasal duit.. duit yg. kena tipu hari tu pun dah dipulangkan semula. Alhamdullilah. Singgah kt Tapah jap, seperti biasa beli donut le... Terus ke mee rebus ramli bawa mak n adik makan kat sana. Pidi hantar mak, ayah n Hani ke rumah. Mak mertua dia orang Gopeng. So depa tidur rumah mak dia la.. mak n ayah dok rumah 2 hari. Malam lak bawa mak, ayah, hani n my cousin yg. kat ILP pi makan Chicken Chop kat Manjoi.. Chicken Chop kat sini memang sedap.... 2 hari kat rumah Hani lak yg. masak. Dia nie sebelum nie tak pandai masak. Kali nie tertipu aku, dia masak sambal udang. Aku kata mak yg. masak.. Orrait la tu.. dah pandai masak nampaknya..Cukuplah cerita ku kali niee. Nampaknya kena buat blog personal nie.. melalut jadinya..

Carrot Cheese Cake


Carrot cake frosting with cheese dibuat semperna birthday my hubby . Cake nie bawa ke KL untuk dimakan bersama n my family masa CNY baru niee. Kami berkumpul di KL bersama ngan mak n ayah kat rumah adik ja. Dia masuk rumah baru kat Bukit Rimau, cantik rumahnya.. Mula-mula ingat nak tulis Happy Birthday Abg je.. Dah tulis teringat lak adik Pidi N Hani pun sama sambut birthday bulan januari.. Ruang dah kecik tu la jadi nya..Tercacat la sikit.. Kek nie kena riba oleh along.. Nasib baik selamat je rupanya.. Ada gak buat dalam cupcakes tapi hancur jadinya dibuat oleh angah n alang faris.. Ingatkan masuk dalam tupperware boleh selamat.. diterbalikkan pula tupperware tu...eeehhh.. Almaklumlah keretaku kecik.. Anak lak 4 org...Abg.. ooi bila nak tukar mpv niee..Cake nie memang sedap. Tarak tipu punya..First time buat, elok je naiknya..Sekali beradap je terus licin..

Thursday, January 29, 2009

Cuppies N Cake


Nie cc sebelum CNY.. ad hoc gak niee..Macam biasa .. 1 hari je..semperna perjumpaan n pengarah.. n langsung sambut birthday bagi staff yg. jatuh bulan januari.. Ada 8 org.Tu yg. lilin lapan tu.. Bukan 8 tahun .. semuanya dah bapa n mak budak...ehhh..Kali nie kak nor request 170 cc n 1 cake.. Dah angkat tangan u cake... tak sempat ...tapi dah minta gakk. Kepala pun dah 2 hari sakit..terpaksa lah terima..tak sampai hati.. Tapi kak nor, terima kasih banyak-banyak kerana mempercayai teman.. Nasib baik cuti.. tak la kalut sgt. Dlm. hati takut ..berdebar-debar takut tak sempat.. Dah tu lak kul 8 am mesti siap..Mula buat kepala masih sakitt.. bila dah start deco.. sakit kepala pun sudah baikkk.. Niee kira terapi gak la..Buat sorang-sorang gakk.. Pukul 4.30 along bangun.. dia tolong kemas,, tup-tup charger h/p terkena kek.. Menjerit aku dibuatnya.. nasib baik piping beg lum bersih ..kena la repair...Huhu...Mcm biasa dapat tidur 2 jam je..Alhamdulliah sebelum majlis, semua dah siap arrange..Kamera lak dah rosak .. boleh tangkap gambar , tapi kt. screen tak ada.. kira main tangkap je laa...Gambar kat atas tu kira ihsan dari adi. Thanks adi..Yang balance cc tu tak sempat tangkap.. Dah licinn.. Harap-harap semua puas hati ya...

Saturday, January 17, 2009

Cuppies 3-tiers






Ini betoi-betoi ad-hoc. Order dari Kak Nor , untuk jamuan persaraan Kak ku n En. Aris yang akan bertukar. Mula-mula minta buatkan 100 pcs untuk keesokkan hari. Balik keja terus pi kedai bakery beli brg n cake board.. hujan lak tu.. Sampai je rumah ,pukul 6 pm , kak nor call minta tambah 100 pcs.. Nasib baik solo cup ada ..itu pun terpaksa campur size yang berlainan. Huuh.. Boleh ke buat niee.. Sahut je cabaran tu.. At last dari pukul 6.30 ptg. bakar cc n lepas tu deco lakk...sampai kul 4 pagi baru siap kemas semua. Tidur jap.. itu pun tidur-tidur ayam je..Pukul 6 am dah bangun , nak gi keja n anak-anak nak gi sekolah..Sorang -sorang je buat....Huhu... Along ada banyak kerja sekolah..tak dapatlah bantu....Deco yg. simple je lahh.. Itu pun berpinar mata nak habiskan deco..
Sambil deco tu kepala tu dok pikir, mcm mana nak hidang nanti... apa pun tak ada... Dengan masa hanya 1 hari ..beli bahan..bakar cc.. n deco.. itu je yg. mampu dibuat..pakai board cake je.. Esoknya kul 2 ptg terus gi dewan .. susun.. Majlis start kul 3ptg.. Tapi gembira .. semua puas hati n cc niee..licin siap tapau lagii.. Banyak sgt makanan.. Diucapkan pada Kak Ku SELAMAT BERSARA!!!

Thursday, January 15, 2009

Kek Coklat Comei


Nie juga salah satu dibuat untuk jualan semperna hari pendaftaran tu.. Nie versi kukus.. Rasanya sedap tapi rupanya tak cun.. Kena cari gak acuan bentuk love tu... tak sempat nak pi cari kat kedai kat tepi super kinta tu.. so layan je kedai kt. taman meru.. Nie je yg. ada.. Ehhh.. Nie yg. malas niee.. n broadband ..tak le upload photo lak..

Blueberry Muffin


Blueberry muffin dibuat semperna hari pendaftaran pelajar baru ILP. Kali nie pendaftaran pada 7/1 jatuh pada hari Rabu. Memandangkan hari bekerja, tak banyak dapat buat muffin. Letih...Masih kelam kabut lagi .. anak-anak dah mula bersekolah .. 4 org..semua kena buat sendiri.. apa nak buat tak ada maid..Alhamdulillah along dah boleh diharap. Dialah tukang gosok baju sekolah ...Thanks along.. Pagi-pagi kena bahagi 2 org. ngan hubby.. dia hantaq along n mamat.. aku lak hantaq ira n faris.. Sampai office kul 8.00 , kena lak naik tangga 3 tingkat walaupun 3 tingkat tapi rasanya 4 tingkat rumah pangsa kot.. tinggi tingkat nya.. almaklumlah bengkel..Kadang-kadang tu terbayang larat ke aku nak naik tangga niee sampai pencen..ehhh..Tulah sekarang niee nak siapkan diri n ilmu bakery niee.. Nak pencen awal..Insyallah..

Friday, January 2, 2009

Choc Moist Cake


Order dari Niza untuk Ida SIL dia.. Nie memang Ad-hoc, malam sms, lepas tu lakk sms ..suspend je ayat nya.. nak minta tolong boleh takk???2x lak tu...tanya soalan yg. sama...esok tengah hari nak. Nasib baik bahan-bahan dah ada cuma whipping je tak ada.. just ganti n susu je..Nie first time ganache tu dibuat ngan susu.. Rasanya mcm sama je..Nie photo ikhsan dari Niza.. Photo yg. ku tangkap hancur...

Thursday, January 1, 2009

Last Week Cuppies






Nie last week cuppies , order dari my regular customer kak ku.. Thanks kak..Dia order 3 set utk. makan-makan n family n tetamu yg. dtg ke rumah..Kak ku hanya request design bunga je... Ideal betul-betul kering..set nozel dah beli dah niie.. tapi idea lak tak ada.. Yg. oren tu first set deco, rajin lah sikit.. lepas tu tak tau nak buat apa..eehhh.Nie je yg. boleh ku buat.. Nak buat bunga rose...entah apa lak jadi nya.

Friday, December 26, 2008

AKU TERTIPU DI ALAM CYBER

Ketika ini aku masih di kg. Menziarahi ibu yg. kurang sihat. Tepat 10.00 malam tergerak hatiku untuk melihat email. Lantas mataku terlihat satu email dari ****bank dengan tajuk Security alert. 2 kali telah ku terima email seperti ini. Tanganku terus klick pada email tersebut, mataku terus melirik bait-bait ayat email itu. Walaupun dihati ada secalit kerisauan tapi tanganku terus mengikuti langkah demi satu langkah mengikuti arahan tersebut..Walaupun hatiku terasa was-was tapi bila dilihat website sama dng. asalnya terus aku mengikuti arahan tersebut.. Bila TAC diterima aku terus ke langkah seterusnya.. Selepas selesai , dalam 2 minit..telefonku berdering .. dengan perbualan begini.

Lady:cik , ada buat transtion ke tadi..

Aku:Jawab ku,, tak ada.

Lady:dari rekod cik ada membuat transtion sebanyak RM 1101.79.

Aku:Aku terkejut.. n terus ku nyatakan mengenai email yang kuterima dan apa yg. telah kulakukan..

Lady: Cik, pihak kami tidak pernah membuat apa-apa urusan melalui email ya.

Aku: Ahhh.. Terkedu aku dibuatnya..Nyata aku telah menjadi mangsa penipuan di alam siber.

Disini aku berikan email yg. diterima supaya kalian tidak tertipu sepertiku. Walaupun terbaca peringatan /sms dari pihak bank,, tapi bila terima email nyata aku tertewas di alam siber..Betapa pandainya manusia durjana itu. Pihak bank berjanji akan bank in semula duitku itu, dalam jangka masa min 7 hari @ tempoh yg. tidak diketahui..Tidak dapat dijanjikan..Kepalaku terus berpusinggg...duitku hilang dalam sekelip mata...Geramnya!!!!Esok aku ke balai polis pula.. Nie email yg.ku terima .JANGAN LOGIN YA!!! tu website tipu!!!!sebijik mcm asal..

Dear **** Bank customer,We are hereby notifying you that we've recently suffered a DDos-Attack on one of our's Internet Banking server. For security reasons you must complete the next steps to verify the integrity of your ****Clicks account. If you fail to complete the verification in the next 24 hours your account will be suspended.Here's how to get started:
1. Log in to ********** online account (click here).

2. You must request for TAC online via **********- your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered at the ATM. ( you can find the "request TAC" button in the left menu of your account )

3. Logout from your account and close the browser.

4. When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, go to our secured verification server and submit the requested information(Account user ID, password and TAC).CLICK HERE to go on our secured server.

5. Please allow 48 hours for processing.Please comply and thanks for understanding.

2008 **** BankNote: Please do not reply to this email. This mailbox is not monitored and you will not receive a response

Nie websitenya:
https://www.*********.com.my/wps/portal/!ut/p/c0/04_SB8K8xLLM9MSSzPy8xBz9QJ_89Mw8_YJ0RUUAk9OZqw!!/

sepatutnya http://www.*********.com.my/ TNP ADA SEBARANG NOMBOR /HURUF SELEPAS URL.

Aku berterima kasih pd. pegawai bank tersebut kerana dengan kepantasannya mengesan transation yg. dibuat.. Kalau tak ...lesap semua gajiku.....Semoga ini dapat dijadikan pengajaran untuk diriku dan panduan untuk kalian.. HATI-HATI DENGAN URUSAN BANK ON-LINE DI ALAM CYBER!!!!! PIHAK BANK TIDAK AKAN BERURUSAN MELALUI EMAIL/SMS/PHONE. Walaupun berulang kali aku terbaca peringatan ini tapi ku tertipu jua...

Monday, December 22, 2008

HAPPY BIRTHDAY SHAFIQAH


Bila ada tempahan, memang buat lebih, kali nie ingat nak kasi pada shafiqah ( anak niza -my colleague) semperna birthday dia bulan 12.. Sorry ya, acik tak ingat tarikh sebenar. Hopefully, shafiqah enjoy kek achik ya....Happy Birthday..Apasal lak kt. rumah tak leh load gambar niieee..Nie gambarnya.. upload kt. ofis. Celcom broadband.. apasal niee.. sebelum nie ok je upload photo..ehhhhh...

Christmas Cc




Order dari bibi, utk. lecturernya... baguihnya dpt. stud. mcm niee... sejuk perut...ehhh..lepas dia call, terus buat. Kebetulan memang cuti, banyak hal nak uruskan, jadi sempatlah ambik pesanan. Seronok gak buat cc niee... Harap bibi puas hati ya..

Testimony
------------
cupcakes tu sedap kita orang dah try.. cup cakes 4christmas tu igt tak?

Friday, December 19, 2008

Plain cupcakes




CC kali niee siap terlebih lagi bumbun nya.. selalu bila dah sejuk dia turun , kali nie tak lak dia turun.. terpaksa tekan-tekan kasi turun..bila nak lepa bc.. Baru menjadi.. Next time kena kurangkan gram sikit. Try juga buat cc comei..pagi tadi bila tengokk..lekangla pula..ehhhh.AWATLAH SUSAH NK UPLOAD PHOTO.Esoklah ya..n chistmas cc nanti upload.. kepala dah pening..nak tidur....Niee photonya..

Tuesday, December 16, 2008

Choc Moist Cuppies





Atas tip cara pengguna oven yg. diberikan oleh rani, akhirnya berjaya gak cc tak lekang dari papercup n cuppiesnya yummy..yummy.Kredit untuk rani, sapa yg. dok belah utara/changlun tu bolehlah contact rani
Gambar lak kelabu, tak perasan low baterry, bila download gambar dlm pc. baru perasan ..kelabu,, cmc tu lak telah didownload dlm. perut anak- anak..ehhhh..ehh.. masing-masing puji sodap. Nie boleh dibuat doorgift, plain saja, topping buttercream / royal icing + sugar paste love( keras nya). Yg. kecik molek tu kalau nak buat hantaran pun boleh, boleh guna topping royal icing.. Nanti esok masuk yg. plain punya.. dah ngantuk sgt niee.

Sunday, December 14, 2008

Raya cake


Nie order dari kak ku.. Family dia memang gemar makan kek niee.Thanks kak. nie Chocolate moist cake semperna hari raya aidil adha. Rasanya tak sempat raya kot.. pasai buat awal..

Happy belated Birthday - Mak N Abah


Niee bawa balik kg.semperna cuti baru-baru niee..semperna birthday mak n ayah bulan nov.. Sebelum balik kg.. kena siapkan tempahan n gubah bunga.. tidur pun kat 2/3 pagi ..minggu yg. memenatkan..Keja kt ofis berlambak,stud nak kena siapkan markah n sign dia org. punya portfolio..Lenguh tangan dibuat..kepala pun berat je.. Balik kerja hari selasa terus drive ngan anak balik kg.. Kul 7 baru bertolak,, sampai dalam kul 9 malam. Hubby keja..hari sabtu baru dia balik..Semoga mak n ayah panjang umur, dimurahi rezeki dan dikurniakan kesihatan yang sihat. Baru ada masa nak update..Celcom broadband dah ok..tapi berebut lak n anak..ehhhh..

Booties CC


Nie saja buat untuk khairol untuk anaknya Rayyan. masa dia tempah cc hantaran tu.. . Masih dalam pantang lagi.. Jaga diri baik-baik.. Pantang selagi boleh..sekarang memang tak terasa .. bila dah tua..ehh... baru sakit sana sakit sini.. ehhh..Pengalaman niee..Jangan mandi petang,, nanti masuk angin..ehhhhh..


testimony
---------
kak, depa teruja melihat cc tu..

Birthday Along




11 Disember 1993 tragedi tanah runtuh berlaku di Highland Tower, masih segar dalam ingatan.Ketika waktu itu aku bergelut ngan kesakitan di Hospital Univ. KL, Along dilahirkan pada tarikh tersebut, tepat 12.45 tgh. Ingatkan semua pihak telah mengambil aktibar dari kejadian tersebut, tapi nampaknya masih belum serik ...Manusia ..itulah mudah lupa..Kini 15 tahun telah berlalu, satu tragedi lagi menimpa pula di Bukit Antarabangsa... Tarikh harijadi along senang diingati oleh wannya.. ingat je tragedi highland tower..

Ibu doakan semoga along diberkati allah hendaknya, jadilah anak yang solehah.. Semuga sukses dalam PMR nie..Amin

CC hantaran lagi



Nie order dari Julie/lia dari Klebang. Tema purple n krim. Jumpa kat mee rebus ramli sg. siput. Kat Ipoh terkenal n mee rebus ramli niee.. Dah sampai tu minta my hubby bungkuskan la.. tak sempat nak hantar.. bz sgt. ngan kendurinya, adik ja on the way dari tikam batu nak balik ke KL. Nak singgah n hantar firdaus sekali.. lepas tu nak buat kek untuk along lak.. niee pun belated birthdaynya yg. jatuh pd. 11 disember.Bila adik sampai, baru nak deco..eehh.. laju betoi dia drive.. 1 1/2 jam je dari kg..ehhh..

Cc hantaran



Nie order dari khairol my offismate utk. hantaran tunang mak chik dia..Dia order n kotak hantaran sekali..Harga kotak tu bergantung kpd. material yg. digunakan. kalau macam tu dalam RM 18.00 je..

DEMO CAKES




Ikuti kelas decoration cake kat wah seng, Ipoh masa bulan nov. Menggunakan kaedah patern mould n chocolate.Color buttercream guna teknik airbrush.. main sembur je.. kat buttercream yg. siap dideco. Chef dari Tan tee long (kalau tak silap) guna product tan see fong.. Tapi patern mould n tool dia tak bawa.. Kena beli kat wah seng... Geramnya kena order ngan wah seng, sampai la lum dapat..Bila tengok cheff deco, senangje nampaknya.. 11 biji kek dalam masa 2 jam je..Habis kelas ada cabutan bertuah, tapi ku tak bertuah .tak ada le dapat bawa balik cake.huhu...