Thursday, May 14, 2009

Cup cakes


Order dari Mazni Penang, kebetulan minggu nie dia balik Ipoh.. Saja untuk makan-makan dengan family dia. Tuan punya pun belum tengok lagi.. sekejap lagi dia mai ambik..tengah rajin nak update blog niee..hi..hi.. Thanks Mazni .
Testimony dari Mazni(sms)
++++++++++++++++++++
katanya cc smpi rumah kulim dah tinggal 6 je...sedap, nanti bila-bila leh order lg...
Mazni.. banyak tu sekali makan berdua lak tu...hii...hii.

Selamat Hari Ibu lagi..


Order dari Fara, sekarang tengah practical kat Ilp. Fara nie anak kepada En. Din , ada menyediakan perkhidmatan jahit baju n juga dobi. Untuk baju mak dia yang buat. Dia dok kat kuarters ILP . Murah sangat untuk perkhidmatan dobi n jahit baju .. Jom singgahlah blog dia. Thanks Fara.. Kasih ibu tiada tolak banding,, bukan hanya setakat hari ibu je...Yang mana belum sempat meraikan ibu, anda masih belum terlambat.. berikan pemberian yang akan membuat ibu terasa dihargai oleh anak-anak. Pasti ibu anda akan gembira dan terharu....

Testimony dari Fara (sms)

Trima kasih kak.. mak ckp kek sedap..nnt ada rezeki sy order lagi...

Cupcakes




Nie pun order dari Adi,untuk dibawa ke KL. Harap cc tu selamat sampainya.. Adi request deco cc hantaran yang dulu, cuma color je yang berbeza. merah dan kuning. Thanks Adi.

Cheese Marble Brownies


Order dari Adi lagi, my loyal customer. Nie untuk makan-makan untuk rumah MIL dia. Gambar lain kan Adi.. Yang ini terhangit sikit, terus reject dari QC feena, buat lain.. Yang tu tak tangkap gambar pula..Feena akan pastikan setiap kek/Cupcakes yang dibuat, mempunyai kualiti dan bermutu. Walaupun terpaksa mengalami sedikit kerugian janji pelanggan berpuas hati. Kadang-kadang bahan dan kepanasan oven tersilap sikit, rasa kek dah lain. Insyallah kalau feena dapat menyedari terdapat kekurangan sebelum penghantaraan kek, feena akan buat yang lain.. Thanks Adi di atas sokongan terhadap feenacakes.

HAPPY BIRTHDAY TAUFIQ



Order dari Niza my ofis mate. Sorry Niza tersilap tulis nama taufiq, main cakap mulut je..tak take note..Dia order 2 biji - 700g, satu untuk taska n satu untuk makan kat rumah. Thanks Niza kerana terus memberi sokongan pada feenacakes.