Friday, May 1, 2009

Kelas Basic Cupcakes (Ipoh)-1/5



Kelas dijalankan pada hari nie 1/5 seramai 2 org. Satu pengajaran yang sangat berharga kerana mudah mempercayai orang.. Mulai hari nie sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas kena jelaskan deposit 1 hari sebelum tarikh kelas dijalankan. Harap Maklum.
Dihadiri oleh Yang Nazhatul dari Menglembu dan Ila dari Manjoi. Yang nie pegawai bank, dah tak nak pandang belakang dah lepas niee katanya. Cantik dan kemas kerjanya..Macam-macam kursus dia nak pi lepas niee.. Berderet beb...Semangat dia, yang tak tahannya dia nak pi kursus Kak Mas Delight di Ampang ,KL hari ahad nie...Feena lak dari tahun lepas lagi teringin nak pi kelas kak Mas.. still tak pi lagi. Harap-harap 27/6 kelas Kak Mas di Ipoh akan menjadi kenyataan. Kak Mas akan datang ke rumah Feena pada 27/6 (Ahad) untuk kelas Cake dan biskut. Berminat, sila beri nama ya..Nanti feena akan buat pamplet untuk jenis-jenis biskut dan cake yang akan diajar.

Ila seorg. suri rumah. Juga tak pernah pegang nozel tapi sangat berminat nak berlajar deco niee. Yang penting ada minat, pasti boleh punya.. Tak percaya tengok lah deco depa, yang tak pernah pernah pegang nozel boleh deco..lepas nie gi beli nozel .tanya je auntie kat kedai ws tu..jng segan..dia tak marah walaupun berla... sikit. Kenapa ya kedai bakery kat Ipoh niee eksyen semacam je.??? Lepas nie masing-masing dah ada perancangan nak buat cc untuk anak kasi kat cikgu semperna Hari Guru nanti.


Mula-mula feena akan ajar deco atas board, buatlah sampai puas hati deco tu,, lepas tu baru deco kat atas cupcakes. Untuk yang berminat kelas seterusnya pada 9/5 (Sabtu).
Habis kelas dapat sms dari Yang, katanya:mak mertua Yang, yg. x pernah suka kek suka sgt. kek feena. Hubby pun cakap sedap..
Yang bestnya Hubby dia pernah jadi Chef kat Hotel Istana. Tu yg. mahal tu bila chef kata sedap..ehh..Tqvm Yang.

Makan-makan Cupcakes


Ini cupcakes diberi pada my neighbour Kak Min, kalau dia outstation je pasti ada buah tangan dari dia. Baru nie dapatlah makan kek lapis masam manis dan Kek lapis rempah dari Sarawak. Sedappp..Kek lapis nie tak sanggup nak buat rasanya..

Booties Cupcakes


Cupcakes nie untuk Alany, Happy Birthday Alany!!! Alany nie anak Adi, my ofismate. Semoga Alany menjadi anak yang solehah.

Mix Cupcakes



Order dari Kak ku, my loyal customer, 25 pcs vanilla flavour. Senang berurusan dengan Kak ku, design n color terserah kepada feena. Sebelum niee pening gak nak memikirkan.. Tapi sekarang bolehlah fikir sikit..eehh..Kerja kat ofis dah ringan , ngajar je...Dah tak terlibat dengan pengurusan. Sekarang feena tidak akan pandang ke belakang lagi. Dulu hanya sekadar minat dan suka-suka aje. Inilah bidang yang feena akan ceburi bila nak pencen awal nanti.. Insyallah.