Wednesday, November 26, 2008

Blue n Pink Cuppies


Order dari kak ku lagi.. dah tak kira berapa kali dah.. Thanks kak. Kalau kak ku yg. order senang je.. dia tak kisah design apa-apa pun ... jadi ikut suka hati nak buat apa.

Monday, November 24, 2008

cuppies




Order dari kak ku lagi. 3 set. Thanks kak.semua flavour vanilla. Bila ada assistance cepat sikit kerja. Sapa lagi kalau bukan along, kali ini siap ajar buat deco. Kiranya first student belajar buat deco.ehhh..Cepat je.. untuk lepa tu (gambar) terus dia buat.. untuk cuppies oren tu dia tolong sama buat bunga..kiranya cepat la siap keja.Thanks along.. Nanti ibu kasi upah.. ehh.

Thursday, November 20, 2008

Choc Moist Cake


Order dari jiran, k zah untuk birthday anaknya. Cuba buat rose, harap k zah puas hati ya. Need to improve dlm. deco cake...tangan asyik ketaq je.. Choc moist cake nie versi kukus, tak berani nak bakar lagi. semenjak choc cake ku terbantat raya lepas. Adunan nie try gak letak dalam paper cup n bakar, kali nie try tak guna kipas, pakai api atas bawah je..Elok jadinya n tak lekang. Masih tak dapat memahami ragam ovenku ini..ehh.

Wednesday, November 19, 2008

KEK COKLAT -KUKUS


Niee saja buat untuk diri sendiri..ehh..makan-makan kt. rumah.. dah lama tak buat kek coklat nie. Anak-anak sgt. teruja nampaknya. tak ngempat-ngempat lagi.. asyik dok tanya nie untuk sapa.. bila jawab untuk kita.asyik dok tanya lak..bila boleh makan niee..ehhh..sabar..kena tunggu kek n ganache sejuk lu..ibu nak deco dulu..akhirnya boleh gak deco, walaupun sebenarnya dah kena cubit dah kek tu dek dema. First time buat bunga rose, entah apa jadinya,ehh..Nie resepi baru guna resepi zaima nya.. senang nak buat n sedappp.. Bila dah siap deco, kira-kira .. dah 16th rupanya,tersilap lak,, cepatnya masa berlalu.. terasa baru je kahwin..ehhh..Ibu ucapkan terima kasih kepada hubby tersayang kerana memberi sepenuh kasih sayang dan kebahagian dalam kehidupan ini. Walaupun tanpa kata-kata dan ucapan sayang , tapi hanya perbuataan mu mengambarkan segalanya..Thanks alot. Untuk anak-anak , along. firdaus, faris n ira jadilah anak yang soleh, sentiasa mengembirakan ibu n abah..Ibu doakan supaya kalian semua menjadi orang yang berjaya dan beriman satu hari nanti..amin.. Firdaus,tolonglah ibu.. jangan terlalu mengusik faris n ira.. jadilah abang yang baik dan sentiasa mendengar cakap ibu. mana yang dilarang janganlah diulang. Firdaus dah nak masuk 10 tahun dah niee..tapi memang suka benor ngusik adik-adiknya. Adiknya lak usik sikit.. dah menjerit/nangis.Udah jadi drama lakk..ehhh...

Cuppies Pink lagi




Niee order dari Kak ku untuk saudaranya kenduri, 100 pcs.Nie dah kali ke-3 kak ku order. Thanks kak ku. Lain kali order lagi. Ad hoc gak niee, sepatutnya hari jumaat, dicepatkan untuk nak hari nie. Nasib baik cuti sekolah, ada along boleh tolong kemas n timbang..Balik keja terus bakar, start deco kul 8.30, kul 12.00 zzzzzzz.

Friday, November 14, 2008

Cuppies



Nie cc order oleh kak ku untuk makan-makan je, ada tetamu istimewa dtg. ke rumah. Kali ke2 order dari beliau.. Next week ..insyallah ada lagi order untuk kenduri kahwin saudara beliau. Terima kasih Kak ku.. Tema tak ditetapkan, so deco ikut suka hati je la..

Thursday, November 13, 2008

cupcakes untuk hantaran



CC untuk hantaran, dari Lia untuk kawannya Ina n Nabiil. Selamat Bertunang. Temanya Oren. Lia nie mengambil tempahan gubahan hantaran. Kotak tu dia yang buat, kalau nak tempah gubahan hantaran bolehlah hubungi dia. Kalau setakat nak gubahan kotak untuk CC feena boleh ushakan. Berminat gak n gubahan nie, untuk adik-adik memang buat sendiri cuma bab sireh junjung je tak rajin sangat.. Untuk adik pun buat bunga je sireh tu , susun dalam bakul je. keja senang.eehhh

Monday, November 10, 2008

Cakes



Cakes nie diorder oleh jiran sebelah rumah, taukeh jahit langsir, baru pindah dari KL.Memang cantik langsir rumahnya dan pernah juga menerima tempahan jahit langsir dari Siti Nurhaliza utk. rumahnya di Kuala Lipis.Nak buat langsir bolehlah tempah...Yang satu lagi kek tu (pink color) saja suka-suka.. bunga rosnya tak cuba-cuba lagi buat selepas berlajar n anis. jadi bunga simple je lah belasah..

Friday, November 7, 2008

KEK COKLAT KUKUS



Kek comel nie dibuat oleh 3 orang anak dara ..along(baju merah) n mai, ina (dah balik awal) kawannya.. Depa collated duit n beli bahan, buat kat rumah.. utk. jamuan kat sekolah. Bila balik kerja semalam dah siap adunan dibancuh.. Terror juga Mai nie.. resepi pun dia yg. punya. Bila tengok acuan ada 7 biji je kot.. bilalah nak habis mcm nie.. Terus pi beli.. cepatlah sikit siapnya... Sedap juga kek coklat niee..comel je..Kalau berminat bolehlah order.. tapi nak cari acuan bentuk hati tu..comel sikit.

Thursday, November 6, 2008

HARI TERBUKA MUFFINS n CUPPIES





Last sunday,Geng Puteri Islam mebuka gerai jualan semperna Hari Terbuka ILP. Mengambil kesempatan yang ada, tumpang sekaki je letakkan muffin (blueberry n Chocolate Chip) n cuppies. Satu hari gak la duk membuatnya.Kali nie banyak gak buatnya .. ingatkan along boleh tolong.. tup-tup demam la pula..Nasib baik malam.. hubby tolong pack.. Thanks..Gambar yg. guna kertas cup kuning tu gambar lama.. dah tak ingat sapa nya.. Taty @Sham. Cuppies lak ada 2 design.. swirl n drop flowers.. Terlupa lak nak ambik yg. drop flowers..

BIRTHDAY CUPPIES



Kelmarin officemate buat makan-makan semperna birthday n jamuan perpisahan untuk 3 org. jejaka tampan. Jadi buatkan dia org. cuppies.. Ketandusan idea.tak kan nak buat bunga kot.. badan masih letih semperna hari terbuka ILP..Belasah je lahh.. buat tema bola..malas nak bancuh color hitam. bubuh je jem blueberry.. Last-last jadi bunga la pula... Ehhhh..

Wednesday, November 5, 2008

PINK N BLUE CUPPIES



Nie lak lepas openhouse kat rumah.. kawan-kawan order( kak nor n kak ku).. semuanya ad-hoc... Hari nie order esok nak...Ampunnn..lain kali jng. buat lagi.Kesian kita...Tapi anyway thanks..Lain kali order lagi.

OPENHOUSE CUPPIES



Nie cuppies semperna openhouse syawal kat rumah..100 biji gak la.. jadi simple deco je yang sempat.. tidur pun kat 3 pagi..Letihhhh... tapi puas hati pasal semua menu licin.. sibuk layan tetamu 1 gambar pun tak ambikkk. LUPA LAKKK...SORRY BATTERY CAMERA LOW LA PULA.. Kuningggg..

SYAWAL CAKES



Antara vanilla cake n fruit cake semperna syawal untuk kawan-kawan dan mak cik kat kg.. Vanilla cake n fruit cake .Sempat ambik gambar satu-satu biji je..Chocolate cake tertinggal la pula untuk ambik gambar..Terlalu bz pada minggu terakhir.. Apatah lagi baru nak shopping. Nasib baik ambik cuti awal.sempatla juga lepas habiskan tempahan pi shopping.. Letihh.. Last-last hari Isnin malam selasa baru boleh balik kg..(cerita dah basi..dah lama da.)