Friday, December 26, 2008

AKU TERTIPU DI ALAM CYBER

Ketika ini aku masih di kg. Menziarahi ibu yg. kurang sihat. Tepat 10.00 malam tergerak hatiku untuk melihat email. Lantas mataku terlihat satu email dari ****bank dengan tajuk Security alert. 2 kali telah ku terima email seperti ini. Tanganku terus klick pada email tersebut, mataku terus melirik bait-bait ayat email itu. Walaupun dihati ada secalit kerisauan tapi tanganku terus mengikuti langkah demi satu langkah mengikuti arahan tersebut..Walaupun hatiku terasa was-was tapi bila dilihat website sama dng. asalnya terus aku mengikuti arahan tersebut.. Bila TAC diterima aku terus ke langkah seterusnya.. Selepas selesai , dalam 2 minit..telefonku berdering .. dengan perbualan begini.

Lady:cik , ada buat transtion ke tadi..

Aku:Jawab ku,, tak ada.

Lady:dari rekod cik ada membuat transtion sebanyak RM 1101.79.

Aku:Aku terkejut.. n terus ku nyatakan mengenai email yang kuterima dan apa yg. telah kulakukan..

Lady: Cik, pihak kami tidak pernah membuat apa-apa urusan melalui email ya.

Aku: Ahhh.. Terkedu aku dibuatnya..Nyata aku telah menjadi mangsa penipuan di alam siber.

Disini aku berikan email yg. diterima supaya kalian tidak tertipu sepertiku. Walaupun terbaca peringatan /sms dari pihak bank,, tapi bila terima email nyata aku tertewas di alam siber..Betapa pandainya manusia durjana itu. Pihak bank berjanji akan bank in semula duitku itu, dalam jangka masa min 7 hari @ tempoh yg. tidak diketahui..Tidak dapat dijanjikan..Kepalaku terus berpusinggg...duitku hilang dalam sekelip mata...Geramnya!!!!Esok aku ke balai polis pula.. Nie email yg.ku terima .JANGAN LOGIN YA!!! tu website tipu!!!!sebijik mcm asal..

Dear **** Bank customer,We are hereby notifying you that we've recently suffered a DDos-Attack on one of our's Internet Banking server. For security reasons you must complete the next steps to verify the integrity of your ****Clicks account. If you fail to complete the verification in the next 24 hours your account will be suspended.Here's how to get started:
1. Log in to ********** online account (click here).

2. You must request for TAC online via **********- your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered at the ATM. ( you can find the "request TAC" button in the left menu of your account )

3. Logout from your account and close the browser.

4. When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, go to our secured verification server and submit the requested information(Account user ID, password and TAC).CLICK HERE to go on our secured server.

5. Please allow 48 hours for processing.Please comply and thanks for understanding.

2008 **** BankNote: Please do not reply to this email. This mailbox is not monitored and you will not receive a response

Nie websitenya:
https://www.*********.com.my/wps/portal/!ut/p/c0/04_SB8K8xLLM9MSSzPy8xBz9QJ_89Mw8_YJ0RUUAk9OZqw!!/

sepatutnya http://www.*********.com.my/ TNP ADA SEBARANG NOMBOR /HURUF SELEPAS URL.

Aku berterima kasih pd. pegawai bank tersebut kerana dengan kepantasannya mengesan transation yg. dibuat.. Kalau tak ...lesap semua gajiku.....Semoga ini dapat dijadikan pengajaran untuk diriku dan panduan untuk kalian.. HATI-HATI DENGAN URUSAN BANK ON-LINE DI ALAM CYBER!!!!! PIHAK BANK TIDAK AKAN BERURUSAN MELALUI EMAIL/SMS/PHONE. Walaupun berulang kali aku terbaca peringatan ini tapi ku tertipu jua...

Monday, December 22, 2008

HAPPY BIRTHDAY SHAFIQAH


Bila ada tempahan, memang buat lebih, kali nie ingat nak kasi pada shafiqah ( anak niza -my colleague) semperna birthday dia bulan 12.. Sorry ya, acik tak ingat tarikh sebenar. Hopefully, shafiqah enjoy kek achik ya....Happy Birthday..Apasal lak kt. rumah tak leh load gambar niieee..Nie gambarnya.. upload kt. ofis. Celcom broadband.. apasal niee.. sebelum nie ok je upload photo..ehhhhh...

Christmas Cc




Order dari bibi, utk. lecturernya... baguihnya dpt. stud. mcm niee... sejuk perut...ehhh..lepas dia call, terus buat. Kebetulan memang cuti, banyak hal nak uruskan, jadi sempatlah ambik pesanan. Seronok gak buat cc niee... Harap bibi puas hati ya..

Testimony
------------
cupcakes tu sedap kita orang dah try.. cup cakes 4christmas tu igt tak?

Friday, December 19, 2008

Plain cupcakes




CC kali niee siap terlebih lagi bumbun nya.. selalu bila dah sejuk dia turun , kali nie tak lak dia turun.. terpaksa tekan-tekan kasi turun..bila nak lepa bc.. Baru menjadi.. Next time kena kurangkan gram sikit. Try juga buat cc comei..pagi tadi bila tengokk..lekangla pula..ehhhh.AWATLAH SUSAH NK UPLOAD PHOTO.Esoklah ya..n chistmas cc nanti upload.. kepala dah pening..nak tidur....Niee photonya..

Tuesday, December 16, 2008

Choc Moist Cuppies





Atas tip cara pengguna oven yg. diberikan oleh rani, akhirnya berjaya gak cc tak lekang dari papercup n cuppiesnya yummy..yummy.Kredit untuk rani, sapa yg. dok belah utara/changlun tu bolehlah contact rani
Gambar lak kelabu, tak perasan low baterry, bila download gambar dlm pc. baru perasan ..kelabu,, cmc tu lak telah didownload dlm. perut anak- anak..ehhhh..ehh.. masing-masing puji sodap. Nie boleh dibuat doorgift, plain saja, topping buttercream / royal icing + sugar paste love( keras nya). Yg. kecik molek tu kalau nak buat hantaran pun boleh, boleh guna topping royal icing.. Nanti esok masuk yg. plain punya.. dah ngantuk sgt niee.

Sunday, December 14, 2008

Raya cake


Nie order dari kak ku.. Family dia memang gemar makan kek niee.Thanks kak. nie Chocolate moist cake semperna hari raya aidil adha. Rasanya tak sempat raya kot.. pasai buat awal..

Happy belated Birthday - Mak N Abah


Niee bawa balik kg.semperna cuti baru-baru niee..semperna birthday mak n ayah bulan nov.. Sebelum balik kg.. kena siapkan tempahan n gubah bunga.. tidur pun kat 2/3 pagi ..minggu yg. memenatkan..Keja kt ofis berlambak,stud nak kena siapkan markah n sign dia org. punya portfolio..Lenguh tangan dibuat..kepala pun berat je.. Balik kerja hari selasa terus drive ngan anak balik kg.. Kul 7 baru bertolak,, sampai dalam kul 9 malam. Hubby keja..hari sabtu baru dia balik..Semoga mak n ayah panjang umur, dimurahi rezeki dan dikurniakan kesihatan yang sihat. Baru ada masa nak update..Celcom broadband dah ok..tapi berebut lak n anak..ehhhh..

Booties CC


Nie saja buat untuk khairol untuk anaknya Rayyan. masa dia tempah cc hantaran tu.. . Masih dalam pantang lagi.. Jaga diri baik-baik.. Pantang selagi boleh..sekarang memang tak terasa .. bila dah tua..ehh... baru sakit sana sakit sini.. ehhh..Pengalaman niee..Jangan mandi petang,, nanti masuk angin..ehhhhh..


testimony
---------
kak, depa teruja melihat cc tu..

Birthday Along




11 Disember 1993 tragedi tanah runtuh berlaku di Highland Tower, masih segar dalam ingatan.Ketika waktu itu aku bergelut ngan kesakitan di Hospital Univ. KL, Along dilahirkan pada tarikh tersebut, tepat 12.45 tgh. Ingatkan semua pihak telah mengambil aktibar dari kejadian tersebut, tapi nampaknya masih belum serik ...Manusia ..itulah mudah lupa..Kini 15 tahun telah berlalu, satu tragedi lagi menimpa pula di Bukit Antarabangsa... Tarikh harijadi along senang diingati oleh wannya.. ingat je tragedi highland tower..

Ibu doakan semoga along diberkati allah hendaknya, jadilah anak yang solehah.. Semuga sukses dalam PMR nie..Amin

CC hantaran lagi



Nie order dari Julie/lia dari Klebang. Tema purple n krim. Jumpa kat mee rebus ramli sg. siput. Kat Ipoh terkenal n mee rebus ramli niee.. Dah sampai tu minta my hubby bungkuskan la.. tak sempat nak hantar.. bz sgt. ngan kendurinya, adik ja on the way dari tikam batu nak balik ke KL. Nak singgah n hantar firdaus sekali.. lepas tu nak buat kek untuk along lak.. niee pun belated birthdaynya yg. jatuh pd. 11 disember.Bila adik sampai, baru nak deco..eehh.. laju betoi dia drive.. 1 1/2 jam je dari kg..ehhh..

Cc hantaran



Nie order dari khairol my offismate utk. hantaran tunang mak chik dia..Dia order n kotak hantaran sekali..Harga kotak tu bergantung kpd. material yg. digunakan. kalau macam tu dalam RM 18.00 je..

DEMO CAKES




Ikuti kelas decoration cake kat wah seng, Ipoh masa bulan nov. Menggunakan kaedah patern mould n chocolate.Color buttercream guna teknik airbrush.. main sembur je.. kat buttercream yg. siap dideco. Chef dari Tan tee long (kalau tak silap) guna product tan see fong.. Tapi patern mould n tool dia tak bawa.. Kena beli kat wah seng... Geramnya kena order ngan wah seng, sampai la lum dapat..Bila tengok cheff deco, senangje nampaknya.. 11 biji kek dalam masa 2 jam je..Habis kelas ada cabutan bertuah, tapi ku tak bertuah .tak ada le dapat bawa balik cake.huhu...

Friday, December 5, 2008

CUTI

Saya bercuti mulai 3/12 - 10/12. Balik kg. di Tikam Batu, Sg. Petani. Tak dapat nak on-line. kalau ada apa-apa sms/call. Gerammmnya.. dah daftar broadband celcom..kena reject pasal gambar IC gelap sgt..Memang IC gambarnya gelap.. macam org. bangla.. tapi sebenarnya orgnya putih tau...eehh..Nak buat lain malas la pula.. Terpaksalah tunggu selepas balik bercuti hantar balik IC ..

Balik bercuti awal sebab sunatkan faris..Depa nie sunat 4 org. sekali.la niee dok tergantung kat rumah.. Aman dunia.. kalau tak tuknya pening tengok gelagat cucunya..Hari nie dah 3 hari.. Memang melucukan bila tengok depa bersunat ramai-ramai niee...Macam-macam halll..Ehh..Nanti kita cerita..kelakar sangat..