Tuesday, February 3, 2009

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI KL

Kali nie cerita bukan cerita kek.. Jalan-jalan cari makan di KL. Cuti masa CNY.My family semua berkumpul di rumah adik ja di KL. Kami 4 beradik je.. Aku, pidi , ja n Hani. Tinggal Hani je yg. lum kahwin. Bertolak dari Ipoh dalm kul 1 tgh. Singgah jap lunch kt. mee rebus ramli, tasek. Ingat nak ke BWY Puchong, tertinggal lak map kat rumah..main redah je.. sampai je kul 5 . kedai lak baru tutup.. Geramnya..Patah balik ke Shah Alam, ajak hubby pergi Bagus kt stadium tu. hujan lak punyalah lebat..nasib baik buka lagi n souffle cup pun ada .. tahun lepas ke sana tak ada lakk. Kali niee aku borong betoi-betoi..Geramm.Kt. Ipoh niee kejap ada kejap tak ada.. asyik habis stok je. Sampai rumah adik kt pukul 6.30 ptg.. Mak n Pidi pun dah sampai dari Sg. Petani. Malam tak ke mana. Makan kat rumah..

Wahh Ira, dikelilingi oleh hero-hero yang mancho..Posing kat rumah adik bersama kereta Impak Maksima.. kata Faris..

Nie gambar kat Sate Haji Samurie Bukit Tinggi. Ira bersama Faiz (anak Pidi) n Alia( anak Ja).

Hari Ahad pi Jusco kat Bukit Tinggi, shopping sikit n lunch kat sate haji samurie kat Bukit Tinggi. Masa nie mak n hero-hero tak ikut. My hubby lak gi KL ada keja sikit. Pukul 3 baru balik rumah..Rupa-rupa yg. kat rumah tunggu nak makan sekali..ehhhh.. Dinner lak makan Domino's piza.


Nie gambar mak n ayah. Pasangan yang romantik tau.. Siap pegang tangan lagi.. Jalan nak ke Aquaria. Sebenarnya mak dah tak larat nak jalan.ehhh..


Nie gambar kat Aquaria, my hubby n adik ku Pidi serta mak n ayah.

Hari Isnin pi Aquaria KLCC. ramainya orang...Lunch kat K**.Nanti kena kutuk..Tak sensitive langsung pasai boikot.. Lepas lunch terus balik, hubby tidur jap. Kul 5 ajak pi IKEA, tup-tup Ja kata malam nie nak makan kat Muara Tanjung Harapan.. Langsung tak jadi pi IKEA tak sempat. Mana boleh masuk IKEA 1 jam je..ehhh..Sampai kat Muara dalam kul 9 mlm, Orang punyalah ramai, ikan siakap pun dah habis.. Siap beratur lagi nak pilih ikan..Mesti taukeh niee untung puluh-puluh ribu satu malam. Kami je dah berapa??? Meja ada kot kat 60 meja. Tapi kali nie kurang sedap sikit la.. sebelum nie memang puas makan..

Nie gambar tengah tunggu makanan.. semua dah ngantukk. Bila makanan dah sampai.. langsung lupa nak snap. Yg. hujung baju kuning tu le adik ipar ku Man n sebelah tu adik ku Ja, sebelah Ja adik iparku Ida. Berhadapan ngan Ja , adikku yg. kecik Hani.Faham ke...ehhh.

Balik je terus Zzzzzz. Ngantuk n kekenyangan. Semua program n makan-makan di atas sponsor by Man Ja. Semoga dimurahi rezeki ,Amin... next time boleh belanja lagi..eehh.

Hari selasa, pagi terus bersiap-siap nak balik Ipoh. Pagi nie masak nasi lemak, sambal dibuat oleh mak. Seperti biasa, sedap hingga menjilat jari..ehh..Hajat nak ke IKEA tak tercapai gak, pidi nak balik awal. Kesian lak kat mak n ayah aku nak tunggu nanti. Tak pelah lain kali pergi..Selamat duit aku..ehhh. Cerita pasal duit.. duit yg. kena tipu hari tu pun dah dipulangkan semula. Alhamdullilah. Singgah kt Tapah jap, seperti biasa beli donut le... Terus ke mee rebus ramli bawa mak n adik makan kat sana. Pidi hantar mak, ayah n Hani ke rumah. Mak mertua dia orang Gopeng. So depa tidur rumah mak dia la.. mak n ayah dok rumah 2 hari. Malam lak bawa mak, ayah, hani n my cousin yg. kat ILP pi makan Chicken Chop kat Manjoi.. Chicken Chop kat sini memang sedap.... 2 hari kat rumah Hani lak yg. masak. Dia nie sebelum nie tak pandai masak. Kali nie tertipu aku, dia masak sambal udang. Aku kata mak yg. masak.. Orrait la tu.. dah pandai masak nampaknya..Cukuplah cerita ku kali niee. Nampaknya kena buat blog personal nie.. melalut jadinya..

0 comments: