Monday, October 19, 2009

Kelas Basic Cupcakes Anjuran PKNP



Kelas Basic Cupcakes Anjuran PKNP, dijalankan di PPTC pada bulan puasa tempoh hari. Nielah hasil deco dari peserta. Kelas dijalankan secara hands-on, bermula dari timbang bahan-bahan , bakar hinggalah ke mendeko cupcakes. Peserta akan mendeko di atas board sehinggalah berpuas hati dengan hasil masing-masing , kemudian barulah dilakukan di atas cupcake. Semua begitu kreatif dan teliti dalam menyiapkan deco masing-masing. Syabas diucapkan!!


Begitu khusyuk peserta menyiapkan cupcakes masing-masing.

Sebelum mendeko, peserta akan ditunjukkan teknik-teknik mendeko.

Friday, October 9, 2009

KELAS BASIC CUPCAKES -OGOS


Kelas bulan Ogos (betul ke..hii) lupa sangat, Semuanya begitu tekun mendeko, diam je masing-masingg. tengoklah kat meja tu.. Hiii. Nie lah hasil keja depa.


KELAS BASIC CUPCAKES -JULAI


Kelas basic cupcakes niee rasanya dalam bulan Julai, Ita dan 3 sahabat cikgu Niza, Ros n Ana.. Bestnya dapat teman yang sealiran yang minat bidang yg. sama. Kelas start pukul 2pm - 5.30pm. Pecah rekod tau..kelas yg. paling cepat habis.. Kiranya depa niee best student la..Hiii.. Sekali tunjuk je terus dapat...Tahniah. Nie la hasil-hasil dekonya.. Dah tak ingat sapa yg. punya.








Thursday, September 17, 2009

Dora Cake - Edisi sebelum puasa




Cake nie untuk anak feena yg. bongsu, Ira. Sambut birthday dia kat tadika Intelek, Birthday dia 25 ogos, disebabkan bulan puasa, sambut awal la.. Pilih cartoon Dora, pasai mukanya ada iras n dora..haha.

Black + white Cupcakes- Edisi sebelum puasa



Order dari Krol my ofis mate untuk makan-makan kat ofis. Thanks Krol.

Butterfly Cupcakes




Order dari Izwah untuk birthdaynya yg. ke 29, siap untuk anak murid sekali..Bagus betul Izwah. Tema butterfly. Letih gak dok lukis niee , sampai 3am la. baru siap.. Anyway thanks Izwah.

Sikembar Cake - Edisi sebelum puasa





Order dari ibu syakirah n syahirah si kembar untuk anaknya. Berlatarbelakangkan Ana n muslim..cute sangat si syakirah n syahirah niee..

Spongebob Cupcakes




Order dari kawan Ina sebelum puasa, lamanya tak update blog.Dah nak raya dah niee.. Cupcakes vanilla, tema spongebob. Thanks Ina.

Tuesday, August 18, 2009

Upin cakes



Order dari emma untuk birthday anaknya, teliti orangnya... feena hanya mengikut apa yg. emma inginkan baik design deco n color. Banyak kali bersms n emma. Tapi puas hati bila mendapat komen dari emma semua familynya suka n cantik kek tu. Butter cheese cake - filling n peach dan fresh cream, topping w buttercream.
Edible tu order on-line ngan lea kat kl. Harap untuk tempahan edible dapatlah kiranya dibuat seminggu sebelum tempahan.

Cupcakes


Order dari Fara untuk Kak mila di Ipoh. Masa nie tengah kursus kat Tower Regency, dapatlah dibuat penghantaraan ke Maybank Greentown. Minggu yg. sibuk sangat ngan tempahan. 3 malam berturut tidur kul 3am. Gambar niee menunjukkan segalanya.. blur..Kursus lak asyik kena presentation je..Letih betoi....mula-mula enjoy.. bila dah lama.. bosan.. 8 hari..

Love Cupcakes


Order dari Rina untuk abg.nya. Datang ambik ngan motor, harap-harap cc tu selamat semuanya. Apasal lak gambar niee. blur la pula.

Thursday, August 13, 2009

Cake




Order dari Kak Zu, hari khamis cikgu sekolah dah makan kek merdeka..Depa kata sedap, terus order lagi hari Jumaat untuk birthday cikgu rosli lakk.. Vanilla cakes. Thanks kak zu. Huh.. laju je upload.. ada lagi tertunggak niee.. next week lak.

Merdeka Cakes




Order dari Kak Zuraidah, untuk event semperna hari merdeka kat sek. megat khas, ada 2 biji cakes, 1 utk. sesi pagi n 1 sesi petang. Thanks kak zu. Vanilla cakes.

Cakes


Order dari my ofis mate, siti. Vanilla cake topping dengan fresh cream.

Mix Cupcakes




Order dari my ofis mate untuk birthday anaknya. Request tema mcm tu.. mix bola + spongebob.

CMC Cake


Order dari SIL, ida untuk adiknya. Coklat moist cakes.

Friday, July 31, 2009

carrot+walnut cheese cake


Order dari Ida untuk makan-makan ngan famili. Kek ini juga menjadi kegemaran my family. Carrot + walnut, frosting dengan cream cheese..yummy..yummy

Purple Cupcakes


Order dari ...... alahai lupa la nama..sorry sangat.. Dah lama sangat tak update blog. Sibuk sangat kat ofis nie...Kena lak mengajar modul baru..pening-pening.. Notebook lak ada problemm. dah 3 minggu x ada.. Tu yg. tak sempat update blog. Layann...

Friday, July 24, 2009

Edible Images -Murah-Murah



Sesiapa yg. berminat untuk order cc n edible boleh contact feena ya.. Untuk upin n ipin yg. besar je ada stok.. Jualan murah niee..

Pink Cupcakes


Order dari my ex-ofismate, jauh nie cc nie terbang ke Sabah. Dah lama order niee, baru sempat update.