Sunday, December 14, 2008

Raya cake


Nie order dari kak ku.. Family dia memang gemar makan kek niee.Thanks kak. nie Chocolate moist cake semperna hari raya aidil adha. Rasanya tak sempat raya kot.. pasai buat awal..

Happy belated Birthday - Mak N Abah


Niee bawa balik kg.semperna cuti baru-baru niee..semperna birthday mak n ayah bulan nov.. Sebelum balik kg.. kena siapkan tempahan n gubah bunga.. tidur pun kat 2/3 pagi ..minggu yg. memenatkan..Keja kt ofis berlambak,stud nak kena siapkan markah n sign dia org. punya portfolio..Lenguh tangan dibuat..kepala pun berat je.. Balik kerja hari selasa terus drive ngan anak balik kg.. Kul 7 baru bertolak,, sampai dalam kul 9 malam. Hubby keja..hari sabtu baru dia balik..Semoga mak n ayah panjang umur, dimurahi rezeki dan dikurniakan kesihatan yang sihat. Baru ada masa nak update..Celcom broadband dah ok..tapi berebut lak n anak..ehhhh..

Booties CC


Nie saja buat untuk khairol untuk anaknya Rayyan. masa dia tempah cc hantaran tu.. . Masih dalam pantang lagi.. Jaga diri baik-baik.. Pantang selagi boleh..sekarang memang tak terasa .. bila dah tua..ehh... baru sakit sana sakit sini.. ehhh..Pengalaman niee..Jangan mandi petang,, nanti masuk angin..ehhhhh..


testimony
---------
kak, depa teruja melihat cc tu..

Birthday Along




11 Disember 1993 tragedi tanah runtuh berlaku di Highland Tower, masih segar dalam ingatan.Ketika waktu itu aku bergelut ngan kesakitan di Hospital Univ. KL, Along dilahirkan pada tarikh tersebut, tepat 12.45 tgh. Ingatkan semua pihak telah mengambil aktibar dari kejadian tersebut, tapi nampaknya masih belum serik ...Manusia ..itulah mudah lupa..Kini 15 tahun telah berlalu, satu tragedi lagi menimpa pula di Bukit Antarabangsa... Tarikh harijadi along senang diingati oleh wannya.. ingat je tragedi highland tower..

Ibu doakan semoga along diberkati allah hendaknya, jadilah anak yang solehah.. Semuga sukses dalam PMR nie..Amin

CC hantaran lagi



Nie order dari Julie/lia dari Klebang. Tema purple n krim. Jumpa kat mee rebus ramli sg. siput. Kat Ipoh terkenal n mee rebus ramli niee.. Dah sampai tu minta my hubby bungkuskan la.. tak sempat nak hantar.. bz sgt. ngan kendurinya, adik ja on the way dari tikam batu nak balik ke KL. Nak singgah n hantar firdaus sekali.. lepas tu nak buat kek untuk along lak.. niee pun belated birthdaynya yg. jatuh pd. 11 disember.Bila adik sampai, baru nak deco..eehh.. laju betoi dia drive.. 1 1/2 jam je dari kg..ehhh..

Cc hantaran



Nie order dari khairol my offismate utk. hantaran tunang mak chik dia..Dia order n kotak hantaran sekali..Harga kotak tu bergantung kpd. material yg. digunakan. kalau macam tu dalam RM 18.00 je..

DEMO CAKES




Ikuti kelas decoration cake kat wah seng, Ipoh masa bulan nov. Menggunakan kaedah patern mould n chocolate.Color buttercream guna teknik airbrush.. main sembur je.. kat buttercream yg. siap dideco. Chef dari Tan tee long (kalau tak silap) guna product tan see fong.. Tapi patern mould n tool dia tak bawa.. Kena beli kat wah seng... Geramnya kena order ngan wah seng, sampai la lum dapat..Bila tengok cheff deco, senangje nampaknya.. 11 biji kek dalam masa 2 jam je..Habis kelas ada cabutan bertuah, tapi ku tak bertuah .tak ada le dapat bawa balik cake.huhu...