Tuesday, February 17, 2009

Sardine Puff


Buat untuk makan anak-anak, dah lama beli, dok terperok kt . dlm. peti ais..Bila tengok ada lebihan sardin terus buat.. Sedap n senang sangat. Pastry beli yg. ready made je kat wah seng..brand kawan.. Jadi berlapis-lapis n rangup. Pasty tu dah dipotong segiempat.. letak inti terus lipat. Sapu je kuning telur kat atas dia.. bakar..Sekejap je licin..

Choc Chip Muffin


Choc Chip muffin order dari my neighbourd, guna resepi dari sifu hanieliza . Banyak resepi yg. feena cuba dari kak liza.. memang menjadi, seri muka(first time buat, jadi elok je n sedap), pizza, donut, muffin etcc.. Cubalah. Memang berbaloi.. Baik cuba resepi dari internet, dari beli buku.. jimat lak tu.. Apatah lagi bila resepi ramai yg. komen kata sedap....Memang tak rugi bila cuba..
Yang penting mesti rajin cuba....ehhh.. Nie yg. susah nak setiap hari rajin....M je yg. selalu ada...

Sunday, February 8, 2009

Blue n Yellow Cupcakes


Order dari Ina, nak deco macam my previous deco. Nie hasilnya..

Elmo CupCakes


Order dari Ita, jiran Sham my ofismate(my first customer). Thanks Sham kerana promote feenacakes. Ini untuk birthday girl, dia tak minta theme apa-apa, so decide buat cupcakes ceria-ceria.. Nielah hasilnya. Kamera belum repair lagi.. gambar tak cantikk.Main tangkap je..screen dah rosak..Huhh...

Tuesday, February 3, 2009

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI KL

Kali nie cerita bukan cerita kek.. Jalan-jalan cari makan di KL. Cuti masa CNY.My family semua berkumpul di rumah adik ja di KL. Kami 4 beradik je.. Aku, pidi , ja n Hani. Tinggal Hani je yg. lum kahwin. Bertolak dari Ipoh dalm kul 1 tgh. Singgah jap lunch kt. mee rebus ramli, tasek. Ingat nak ke BWY Puchong, tertinggal lak map kat rumah..main redah je.. sampai je kul 5 . kedai lak baru tutup.. Geramnya..Patah balik ke Shah Alam, ajak hubby pergi Bagus kt stadium tu. hujan lak punyalah lebat..nasib baik buka lagi n souffle cup pun ada .. tahun lepas ke sana tak ada lakk. Kali niee aku borong betoi-betoi..Geramm.Kt. Ipoh niee kejap ada kejap tak ada.. asyik habis stok je. Sampai rumah adik kt pukul 6.30 ptg.. Mak n Pidi pun dah sampai dari Sg. Petani. Malam tak ke mana. Makan kat rumah..

Wahh Ira, dikelilingi oleh hero-hero yang mancho..Posing kat rumah adik bersama kereta Impak Maksima.. kata Faris..

Nie gambar kat Sate Haji Samurie Bukit Tinggi. Ira bersama Faiz (anak Pidi) n Alia( anak Ja).

Hari Ahad pi Jusco kat Bukit Tinggi, shopping sikit n lunch kat sate haji samurie kat Bukit Tinggi. Masa nie mak n hero-hero tak ikut. My hubby lak gi KL ada keja sikit. Pukul 3 baru balik rumah..Rupa-rupa yg. kat rumah tunggu nak makan sekali..ehhhh.. Dinner lak makan Domino's piza.


Nie gambar mak n ayah. Pasangan yang romantik tau.. Siap pegang tangan lagi.. Jalan nak ke Aquaria. Sebenarnya mak dah tak larat nak jalan.ehhh..


Nie gambar kat Aquaria, my hubby n adik ku Pidi serta mak n ayah.

Hari Isnin pi Aquaria KLCC. ramainya orang...Lunch kat K**.Nanti kena kutuk..Tak sensitive langsung pasai boikot.. Lepas lunch terus balik, hubby tidur jap. Kul 5 ajak pi IKEA, tup-tup Ja kata malam nie nak makan kat Muara Tanjung Harapan.. Langsung tak jadi pi IKEA tak sempat. Mana boleh masuk IKEA 1 jam je..ehhh..Sampai kat Muara dalam kul 9 mlm, Orang punyalah ramai, ikan siakap pun dah habis.. Siap beratur lagi nak pilih ikan..Mesti taukeh niee untung puluh-puluh ribu satu malam. Kami je dah berapa??? Meja ada kot kat 60 meja. Tapi kali nie kurang sedap sikit la.. sebelum nie memang puas makan..

Nie gambar tengah tunggu makanan.. semua dah ngantukk. Bila makanan dah sampai.. langsung lupa nak snap. Yg. hujung baju kuning tu le adik ipar ku Man n sebelah tu adik ku Ja, sebelah Ja adik iparku Ida. Berhadapan ngan Ja , adikku yg. kecik Hani.Faham ke...ehhh.

Balik je terus Zzzzzz. Ngantuk n kekenyangan. Semua program n makan-makan di atas sponsor by Man Ja. Semoga dimurahi rezeki ,Amin... next time boleh belanja lagi..eehh.

Hari selasa, pagi terus bersiap-siap nak balik Ipoh. Pagi nie masak nasi lemak, sambal dibuat oleh mak. Seperti biasa, sedap hingga menjilat jari..ehh..Hajat nak ke IKEA tak tercapai gak, pidi nak balik awal. Kesian lak kat mak n ayah aku nak tunggu nanti. Tak pelah lain kali pergi..Selamat duit aku..ehhh. Cerita pasal duit.. duit yg. kena tipu hari tu pun dah dipulangkan semula. Alhamdullilah. Singgah kt Tapah jap, seperti biasa beli donut le... Terus ke mee rebus ramli bawa mak n adik makan kat sana. Pidi hantar mak, ayah n Hani ke rumah. Mak mertua dia orang Gopeng. So depa tidur rumah mak dia la.. mak n ayah dok rumah 2 hari. Malam lak bawa mak, ayah, hani n my cousin yg. kat ILP pi makan Chicken Chop kat Manjoi.. Chicken Chop kat sini memang sedap.... 2 hari kat rumah Hani lak yg. masak. Dia nie sebelum nie tak pandai masak. Kali nie tertipu aku, dia masak sambal udang. Aku kata mak yg. masak.. Orrait la tu.. dah pandai masak nampaknya..Cukuplah cerita ku kali niee. Nampaknya kena buat blog personal nie.. melalut jadinya..

Carrot Cheese Cake


Carrot cake frosting with cheese dibuat semperna birthday my hubby . Cake nie bawa ke KL untuk dimakan bersama n my family masa CNY baru niee. Kami berkumpul di KL bersama ngan mak n ayah kat rumah adik ja. Dia masuk rumah baru kat Bukit Rimau, cantik rumahnya.. Mula-mula ingat nak tulis Happy Birthday Abg je.. Dah tulis teringat lak adik Pidi N Hani pun sama sambut birthday bulan januari.. Ruang dah kecik tu la jadi nya..Tercacat la sikit.. Kek nie kena riba oleh along.. Nasib baik selamat je rupanya.. Ada gak buat dalam cupcakes tapi hancur jadinya dibuat oleh angah n alang faris.. Ingatkan masuk dalam tupperware boleh selamat.. diterbalikkan pula tupperware tu...eeehhh.. Almaklumlah keretaku kecik.. Anak lak 4 org...Abg.. ooi bila nak tukar mpv niee..Cake nie memang sedap. Tarak tipu punya..First time buat, elok je naiknya..Sekali beradap je terus licin..