Thursday, November 20, 2008

Choc Moist Cake


Order dari jiran, k zah untuk birthday anaknya. Cuba buat rose, harap k zah puas hati ya. Need to improve dlm. deco cake...tangan asyik ketaq je.. Choc moist cake nie versi kukus, tak berani nak bakar lagi. semenjak choc cake ku terbantat raya lepas. Adunan nie try gak letak dalam paper cup n bakar, kali nie try tak guna kipas, pakai api atas bawah je..Elok jadinya n tak lekang. Masih tak dapat memahami ragam ovenku ini..ehh.

Wednesday, November 19, 2008

KEK COKLAT -KUKUS


Niee saja buat untuk diri sendiri..ehh..makan-makan kt. rumah.. dah lama tak buat kek coklat nie. Anak-anak sgt. teruja nampaknya. tak ngempat-ngempat lagi.. asyik dok tanya nie untuk sapa.. bila jawab untuk kita.asyik dok tanya lak..bila boleh makan niee..ehhh..sabar..kena tunggu kek n ganache sejuk lu..ibu nak deco dulu..akhirnya boleh gak deco, walaupun sebenarnya dah kena cubit dah kek tu dek dema. First time buat bunga rose, entah apa jadinya,ehh..Nie resepi baru guna resepi zaima nya.. senang nak buat n sedappp.. Bila dah siap deco, kira-kira .. dah 16th rupanya,tersilap lak,, cepatnya masa berlalu.. terasa baru je kahwin..ehhh..Ibu ucapkan terima kasih kepada hubby tersayang kerana memberi sepenuh kasih sayang dan kebahagian dalam kehidupan ini. Walaupun tanpa kata-kata dan ucapan sayang , tapi hanya perbuataan mu mengambarkan segalanya..Thanks alot. Untuk anak-anak , along. firdaus, faris n ira jadilah anak yang soleh, sentiasa mengembirakan ibu n abah..Ibu doakan supaya kalian semua menjadi orang yang berjaya dan beriman satu hari nanti..amin.. Firdaus,tolonglah ibu.. jangan terlalu mengusik faris n ira.. jadilah abang yang baik dan sentiasa mendengar cakap ibu. mana yang dilarang janganlah diulang. Firdaus dah nak masuk 10 tahun dah niee..tapi memang suka benor ngusik adik-adiknya. Adiknya lak usik sikit.. dah menjerit/nangis.Udah jadi drama lakk..ehhh...

Cuppies Pink lagi




Niee order dari Kak ku untuk saudaranya kenduri, 100 pcs.Nie dah kali ke-3 kak ku order. Thanks kak ku. Lain kali order lagi. Ad hoc gak niee, sepatutnya hari jumaat, dicepatkan untuk nak hari nie. Nasib baik cuti sekolah, ada along boleh tolong kemas n timbang..Balik keja terus bakar, start deco kul 8.30, kul 12.00 zzzzzzz.

Friday, November 14, 2008

Cuppies



Nie cc order oleh kak ku untuk makan-makan je, ada tetamu istimewa dtg. ke rumah. Kali ke2 order dari beliau.. Next week ..insyallah ada lagi order untuk kenduri kahwin saudara beliau. Terima kasih Kak ku.. Tema tak ditetapkan, so deco ikut suka hati je la..

Thursday, November 13, 2008

cupcakes untuk hantaran



CC untuk hantaran, dari Lia untuk kawannya Ina n Nabiil. Selamat Bertunang. Temanya Oren. Lia nie mengambil tempahan gubahan hantaran. Kotak tu dia yang buat, kalau nak tempah gubahan hantaran bolehlah hubungi dia. Kalau setakat nak gubahan kotak untuk CC feena boleh ushakan. Berminat gak n gubahan nie, untuk adik-adik memang buat sendiri cuma bab sireh junjung je tak rajin sangat.. Untuk adik pun buat bunga je sireh tu , susun dalam bakul je. keja senang.eehhh

Monday, November 10, 2008

Cakes



Cakes nie diorder oleh jiran sebelah rumah, taukeh jahit langsir, baru pindah dari KL.Memang cantik langsir rumahnya dan pernah juga menerima tempahan jahit langsir dari Siti Nurhaliza utk. rumahnya di Kuala Lipis.Nak buat langsir bolehlah tempah...Yang satu lagi kek tu (pink color) saja suka-suka.. bunga rosnya tak cuba-cuba lagi buat selepas berlajar n anis. jadi bunga simple je lah belasah..

Friday, November 7, 2008

KEK COKLAT KUKUS



Kek comel nie dibuat oleh 3 orang anak dara ..along(baju merah) n mai, ina (dah balik awal) kawannya.. Depa collated duit n beli bahan, buat kat rumah.. utk. jamuan kat sekolah. Bila balik kerja semalam dah siap adunan dibancuh.. Terror juga Mai nie.. resepi pun dia yg. punya. Bila tengok acuan ada 7 biji je kot.. bilalah nak habis mcm nie.. Terus pi beli.. cepatlah sikit siapnya... Sedap juga kek coklat niee..comel je..Kalau berminat bolehlah order.. tapi nak cari acuan bentuk hati tu..comel sikit.

Thursday, November 6, 2008

HARI TERBUKA MUFFINS n CUPPIES





Last sunday,Geng Puteri Islam mebuka gerai jualan semperna Hari Terbuka ILP. Mengambil kesempatan yang ada, tumpang sekaki je letakkan muffin (blueberry n Chocolate Chip) n cuppies. Satu hari gak la duk membuatnya.Kali nie banyak gak buatnya .. ingatkan along boleh tolong.. tup-tup demam la pula..Nasib baik malam.. hubby tolong pack.. Thanks..Gambar yg. guna kertas cup kuning tu gambar lama.. dah tak ingat sapa nya.. Taty @Sham. Cuppies lak ada 2 design.. swirl n drop flowers.. Terlupa lak nak ambik yg. drop flowers..

BIRTHDAY CUPPIES



Kelmarin officemate buat makan-makan semperna birthday n jamuan perpisahan untuk 3 org. jejaka tampan. Jadi buatkan dia org. cuppies.. Ketandusan idea.tak kan nak buat bunga kot.. badan masih letih semperna hari terbuka ILP..Belasah je lahh.. buat tema bola..malas nak bancuh color hitam. bubuh je jem blueberry.. Last-last jadi bunga la pula... Ehhhh..

Wednesday, November 5, 2008

PINK N BLUE CUPPIES



Nie lak lepas openhouse kat rumah.. kawan-kawan order( kak nor n kak ku).. semuanya ad-hoc... Hari nie order esok nak...Ampunnn..lain kali jng. buat lagi.Kesian kita...Tapi anyway thanks..Lain kali order lagi.

OPENHOUSE CUPPIES



Nie cuppies semperna openhouse syawal kat rumah..100 biji gak la.. jadi simple deco je yang sempat.. tidur pun kat 3 pagi..Letihhhh... tapi puas hati pasal semua menu licin.. sibuk layan tetamu 1 gambar pun tak ambikkk. LUPA LAKKK...SORRY BATTERY CAMERA LOW LA PULA.. Kuningggg..

SYAWAL CAKES



Antara vanilla cake n fruit cake semperna syawal untuk kawan-kawan dan mak cik kat kg.. Vanilla cake n fruit cake .Sempat ambik gambar satu-satu biji je..Chocolate cake tertinggal la pula untuk ambik gambar..Terlalu bz pada minggu terakhir.. Apatah lagi baru nak shopping. Nasib baik ambik cuti awal.sempatla juga lepas habiskan tempahan pi shopping.. Letihh.. Last-last hari Isnin malam selasa baru boleh balik kg..(cerita dah basi..dah lama da.)

Friday, September 26, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin di atas segala kesilapan dan terlanjur bahasa. Wassalam

Thursday, September 18, 2008

Cup cakes




Nie lebihan adunan dari buat batman cake , buat cupcakes.. kasi jiran lama..sedekah dibulan puasa.. Anak-anak memang tak minat nak makan dah.Dah masuk dalam tupperware lepas tu masukkan dalam plastik tesco, letak kt. atas meja.. Hubby ajak gi Tesco, lepas balik Tesco, ingat nak gi hantaq... tup-tup tengok tupperware dah terbalik...buka-buka.. semua dah comot..Huuuhh.Terpaksalah tukar yg. lain.. jiran yg. sebelah nie lak tak dapat lah nak merasa...Depa sibuk dok cari air yogurt.. almaklumlah plastik beg yg. sama... sabar je lahh,,Cupcakes tu perasa vanilla. Main belasah je guna color yang ada...Layannn

BatMan Cake




Semalam merupakan cuti umum bagi negeri Perak semperna Nuzul Quran. Ada order dari Khida ..request batman cake..untuk birthday Aiman.. Happy Birthday Aiman.. Semoga panjang umur dan dilindungi allah hendaknya..Harap-harap aiman suka lah batman tu..Yang lukis batman tu along..tanganku memang keras..ehhh..Masa buat tangan lak menggigill....besar kecik jadinya siput tu.

Tuesday, September 16, 2008

BISKUT RAYA




Last sunday, buat projek biskut.. untuk makan-makan aje.Sebenarnya dah lama tak buat biskut sendiri dah 7 tahun la.. semenjak dok Ipoh nie. Masa kat KL dulu rajin gak buat biskut..masa tu baru belajar.. ehh..keras ada.. kembang pun ada.. almaklumlah budak baru belajar... Tapi tahun nie..semangatku kembali.. lepas kak ita geng rnet war-warkan dia buat buku .. terus cari kat kedai..Buku nya pun senang nak cari.. kat Taman Jati pun ada... Apa lagi terus grap je laa..Dah try 3 jenis - Munchy Almond Nut cookies, Sunflower seed cookies & Chocolate strawberry twill. Memang sedapp tapi bentuk tak sama la n kak ita..Lepas tu lak malas nak gi kedai dah.. chocolate strawberry tak ada stok kt. rumah.. Belasah je chocolate..tapi kurang cantik lah sikit.Janji sedapp...ehhhh..Sapa-sapa yg. cadang nak buat biskut tu.. beli lah buku nie..Kita tak ada komisen tau.eehhh..Tolong kak ita je...Layannn...

Tuesday, September 9, 2008

Elmo cake & Cuppies





Last saturday order.. Elmo order dari Midah (regular customer).untuk birthday Akasyhah.HAPPY BIRTHDAY AKASYAH!!! N cuppies dari Adi utk. birthday mak dia..HAPPY BIRTHDAY MAK CIK!! Kita sama bintang tau... virgo...Semoga kedua-dua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...

Friday, September 5, 2008

KELAS BASIC DECO-ANIS






Kelas nie pd. 23/8. Masa cuti sekolah , balik kg. Tikam Batu, Sg. Petani.Kak Liza my officemate minat gak nak join...tu gambarnya n keknya.. Terror gak kliza niee.. baru first time pegang nozell..Janji jumpa kat tol sg. dua..Nasib baik ada kliza...dia yg. drive...Masa balik aku dah letihhhh n sakit kepala.. Balik rumah mak terus ZZZZZZZZZZ...Nasib baik ada adik n anak buah..semua balikkk... depa la tulun makan kek.. anak-anak dah tak pandang dah... agaknya dah jemu la tu.. kebetulan birthday ira 22/8.. kira tu birtday kek dia la...eeehhh..Tapi tuan punya birthday tak makan pun.... huuuuhhhh..Lain kali kena buat pulut kuning lak kot..ehhh

KELAS BASIC DECO -LYNNHASSAN





Kelas nie pd 14/6.. Saujana impian, Sg. Buluh. JAuhhhh..Pergi ngan family, tidur rumah adik kt. Berjaya Park, Shah Alam.. Malam jumaat baru btolak.. Sampai kt pukul 12 tgh mlm la juga... Pagi-pagi kul 9.00 minta hubby hantaq.. Seramai 7 org. peserta..Nampak masing-masing dah terror... Nie yg. first time pegang nozel terkial-kial..Tapi dengan tunjukajar lynn dapatlah juga menyiapkan CC.. Thanks lynn.. JOMM JOIN LYNN punya kelas... Memang berbaloi...Habis kelas kt. pukul 7 juga lakkk..Hubby dtg. ambik terus balik IPOh... LEtiihhhh..Tapi puas hati berlajar n lynnn...

Wednesday, September 3, 2008

Apa-apa Cupcakes


Nie lak request dari Midah last sunday..Tema dia ..Apa-apa pun tak apa...semperna Anniversary ..n tak yah tulis apa-apa.. kira senanglah macam nie.. dia nak perasa vanilla.. jadi senang lah sikit nak deco..Midah kata semua suka.... THANKS MIDAH... LAIN KALI ORDER LAGIIIII..