Wednesday, November 4, 2009

2tiers Wedding Cakes-White+ Silver





Order dari Pn. El PKNP semperna majlis perkahwinan anaknya di Dewan Silveritage Medan Gopeng hari sabtu lepas. Terus hantar ke dewan, cantik hiasan dewan, pelamin dan juga pengantinnya.. Congrats ya..Putih + Silver satu kombinasi warna yg. begitu anggun dan bergitu suci dan bersih..OOpss..ada nampak cake la pula..Tak perasan lak pula.. Menggunakan wilton tiers yg. baru .Tengah hari sempat datang ke majlis beliau. Tiba on-time pengantin nak potong kek..Dalam malu-malu kucing dpt gak snap photo tu dari jauh..tak sempat nak zoom....Pn. El , kalau ada photo nanti kasi ya, boleh saya tukar gambar tu. Selesai sudah task yg. begitu mencabar untuk last week, walaupun tersangatlah penatnya tapi hilang selepas mendpt. pujian dari semua. TQVM.
Untuk bakal-bakal pengantin, tawaran harga istimewa akan diberikan untuk sepanjang majlis pertunangan dan pekahwinan bulan Nov hingga Mac. Sila membuat tempahan awal. Sila email feena69@yahoo.com or call 019-5596869

Hantaran Cake-Steamed buttercream


Order dari Kroll untuk majlis pertunangan saudaranya..Thanks kroll kerana berulangkali order dengan akak. Sorry ya.. lupa tulis selamat bertunang. Nasib baik masih ada masa nk tulis, tapi lupa lak nak snap.Thanks Kroll.

Tuesday, November 3, 2009

My 1st 2tiers Wedding Cake



Order dari Jana, Kampar untuk majlis perkahwinannya , sabtu lepas. 12 " Cmc dan 9 " CMC. Sebelum ini dia ada order kek untuk majlis pertunangannya. Thanks Jana kerana memberi kepercayaan untuk akak sekali lagi. Minggu yang betul- betul mencabar, kena siapkan 5 cakes -steam buttercream. Alhamdullilah berjaya juga akhirnya dan hilang segala kepenatan setelah mendpt. sms dari Jana berpuas hati dengan hasilnya....Jana ,jng lupa nanti email gambar ya..
Sambung esok lak, dah ngantuk.zzzz..
testimony
++++++++
sms dari jana. keknya sedap n thank kak wat cantik..


Ana & Adriana Cake



Order dari Kak Ros, ibu kepada kwn. along untuk cucunya Adriana. Satu taman je..Comelnya Adriana.. Sayang sikit gambarnya kurang jelas. Vanilla Cake. Thanks kak Ros, lain kali boleh order lagi.
Untuk yg. ingin order edible,diharap dptkan. gambar >300kb. Baru dia cantikk..Harganya pula, mengikut harga kek + rm 26(harga edible -tiada caj tambahan dari feena).Kalau hantar awal boleh murah sikit, guna pos ekspres. Boleh visit blog k.lea

testimony
++++++++++++
TQ feena, cake tu cantik n sedap pula tu..

CC hantaran -V



Order dari Rozie, untuk majlis bertunang Zie & Zam. Macam dia punya je,,lupa lak nak tanya.. hii.hii.depa dah sesat cari rumah, terus minta tunggu je kat kedai. Thanks ya Rozie.

Little Mermaid CC & Cake





Order dari En. Rhoma & Izwah untuk birthday anaknya izzaty. Izatty sambut birthday kat taska n tadika. CMC cc 50 pcs dan CMC cake. Pasti Izzaty tersenyum lebar tengok gambar dia kat cc n cake tu kann..Thanks.
Untuk yg. berminat menggunakan edible, sila maklumkan awal ya, paling kurang 5 hari, teman order on-line dari Kl. jadi ambil masa sikit..Thanks

Cupcakes untuk ibu




Dari seorg anak untuk ibunya yg. tercinta. Thanks Farah.

Monday, October 26, 2009

Bisyri Cake



Order dari Ct untuk birthday anaknya Bisyri, sedap nama anaknya..

Butter Cheese Cake



Order dari Latifah juga , semperna birthday Tajol n Karim. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada feenacakes untuk majlis beliau.

Ad-hoc Cupcakes




Order dari Latifah, tambahan 50 pcs, esok pagi terus buat dan deko, terus hantar ke rumah nya dalam kul 3pm.

Ben 10 Cupcakes




Ramainya peminat Ben 10. Nie Order dari latifah untuk birthday anaknya. Meriah majlisnya dengan tema Ben 10. 50 pcs vanilla cupcakes. Ada lagi order ad-hoc dan cake dari latifah. Nampaknya kena sambung lain kali.. Ngantuk sgt.zzzz..

CC Hantaran -IV(fondant)





Order dari Farah, fondant cc untuk majlis pertunangan di Johor. Thanks.

CC Hantaran -III



CC dari seorang rakan dari KL untuk rakannya di Ipoh, jumpa kat Tesco. Dah lama dok dalam peti besi, langsung dah lupa nama..sorry.

CC Hantaran -II


Order dari Kak dari Chemor, untuk majlis pertunangan. Vanilla cupcakes..Thanks..

CC Hantaran



Order dari kak kat PTTC, untuk majlis pertunangan jiran. Vanilla cupcakes.Thanks.

Thursday, October 22, 2009

Cupcakes -Edisi Syawal



Nie order dari rakan-rakan alam maya,Vanilla cupcakes. Sorry ya gambar blur..Layannn.

Carrot +walnut Cakes Frosting with Cheese -Edisi Syawal




Nie order dari Nurul, Fairuz dan Hanim. Thanks kerana terus memberikan sokongan kepada feenacakes. Sibuk sikit kebelakangan nie dengan kerja kat ofis... Tak sempat nak update blog..Sabar jelahh.. Layan ya..

Monday, October 19, 2009

Kelas Basic Cupcakes Anjuran PKNP



Kelas Basic Cupcakes Anjuran PKNP, dijalankan di PPTC pada bulan puasa tempoh hari. Nielah hasil deco dari peserta. Kelas dijalankan secara hands-on, bermula dari timbang bahan-bahan , bakar hinggalah ke mendeko cupcakes. Peserta akan mendeko di atas board sehinggalah berpuas hati dengan hasil masing-masing , kemudian barulah dilakukan di atas cupcake. Semua begitu kreatif dan teliti dalam menyiapkan deco masing-masing. Syabas diucapkan!!


Begitu khusyuk peserta menyiapkan cupcakes masing-masing.

Sebelum mendeko, peserta akan ditunjukkan teknik-teknik mendeko.

Friday, October 9, 2009

KELAS BASIC CUPCAKES -OGOS


Kelas bulan Ogos (betul ke..hii) lupa sangat, Semuanya begitu tekun mendeko, diam je masing-masingg. tengoklah kat meja tu.. Hiii. Nie lah hasil keja depa.


KELAS BASIC CUPCAKES -JULAI


Kelas basic cupcakes niee rasanya dalam bulan Julai, Ita dan 3 sahabat cikgu Niza, Ros n Ana.. Bestnya dapat teman yang sealiran yang minat bidang yg. sama. Kelas start pukul 2pm - 5.30pm. Pecah rekod tau..kelas yg. paling cepat habis.. Kiranya depa niee best student la..Hiii.. Sekali tunjuk je terus dapat...Tahniah. Nie la hasil-hasil dekonya.. Dah tak ingat sapa yg. punya.








Thursday, September 17, 2009

Dora Cake - Edisi sebelum puasa




Cake nie untuk anak feena yg. bongsu, Ira. Sambut birthday dia kat tadika Intelek, Birthday dia 25 ogos, disebabkan bulan puasa, sambut awal la.. Pilih cartoon Dora, pasai mukanya ada iras n dora..haha.