Monday, June 29, 2009

Carrot Cheese Cake


Order dari Anna untuk bapanya di Jelapang Jaya semperna Father's Day. Ana dok KL rasanya. Feena yg. buat delivery ke rumah bapanya. Carrot cheese cake, memang yummy...Thanks Ana.

Choc Moist Cakes


Order dari Taty, semperna Happy Father's Day n birthday Irfan. Thanks Taty.

Choc Moist Cupcakes- Doorgift


Order dari Rozie ,sebanyak 150 biji. Betul-betul adhoc, order khamis petang, hari sabtu majlisnya.. Dengan pertolongan my hubby n along untuk packaging, ringanlah sikit kerjanya.. Nampak semua hitam kan. ha..ha..

Tuesday, June 23, 2009

Upin n Ipin Cakes



Order dari Rozie, kebetulan ada extra gambar upin n ipin, tapi kecik je la.. Rozie order nie kira adhoc la juga.. hari khamis petang order, majlis hari Sabtu. Choc Moist Cakes, topping dengan buttercream, filling dengan choc ganache. Berat kek tu 2.5 kg, yang seronoknya masing-masing dok sebut ramai-ramai " nak gambar, nak gambar".Ha..ha.. Thanks Rozie..
Testimony
+++++++++++
Depa kata kek tu sedap, cepat je habisnya.. Rozie pun sempat rasa sepotong je..


Booties Cupcakes


Order dari Rozie, 50 pcs booties n 150 plain choc moist as a doorgift . 2.5 kg Choc. Moist Cake utk. Angah birthday. Dibuat semperna Cukur jambul anaknya Farah. Rozie juga mengusahakan pakej perkahwinan untuk pelamin n andaman di Rozie Bridal, Taman Meru.

Thomas Cupcakes




Order dari Taty semperna birthday irfan, diraikan bersama-sama kawan-kawannya di Taska Visi Cemerlang.. Ada 2 ekor mickey tersesat nak berkawan dengan thomas. Irfan, ben 10 Irfan kena tunggu hari ahad ya..Sorry!! Thanks Taty.
Sekiranya berminat utk. edible image nie kena tempah awal ya..kena beli on-line dari KL.

Welcome back CC


Order dari Ila Manjoi, untuk kawannya yg. akan berpindah semula ke Ipoh. Dia request mcm yg. sebelum nie dia order untuk kawannya berpindah rumah. Seronok dapat kawan macam Ila kan...Thanks Ila.

Monday, June 22, 2009

Kelas bersama Linda



Masa cuti sekolah baru nie balik kg, berkesempatan mengikuti kelas bersama linda di Sg. Dua. Rupa-rupanya shada pun ada join sama..sebelum nie kita kenal di alam maya je kan.. Bersama suzi dari KL. Jauh dia datang bersama emaknya.. Tu white choco, feena paling last balik, pukul 8 malam. Hubby datang ambik pukul 6, dah siap pesan jng datang , tunggu call dulu..Tup-tup kul 6 dia yg. call, dah ada depan rumah linda.. Merayau la depa, tunggu. Apa pun puas hati ikuti kelas niee..Sapa nak order mcm nie, bolehlah habaq mai.. white choc tu manis sikit.. So nak tukar ke choc ganache pun boleh...

Choc Moist Cake


Order dari Siti my ofismate semperna birthday hubby siti. Thanks Siti.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Akak , kek tu memang sedap, hubby pun cakap sedap.

Wednesday, June 17, 2009

Order from Aton


Order dari Aton, my ofismate semperna birthday hubby dia.. Butter cheese cake, filling dengan buah peach + fresh cream.Thanks Aton. Mata dah ngantuk, tak le nak tulis banyak-banyak dah...zzzzz.

Ben 10 Cakes


Order dari Liza my ofismate,seperti biasa butter cheese cake filling dengan fresh cream+ peach fruits n topping with fresh cream. Berdebar gak kerana guna edible image ngan fresh cream, kecil je gambar ben 10 tu , beranilah sikit. Takut edible image tu kembang. Kek nie semperna birthday Aiman yang ke 11 tahun.. Thanks Liza.

Tuesday, June 16, 2009

Home Sweet Home Cupcakes



Order dari Lia Manjoi, untuk kawannya yang baru berpindah rumah. Dia request pink color. Seronoknya dapat kawan macam Lia. Lepas order yg. nie, ada lagi lak untuk kawan dia yg. lain lakk. Thanks Lia. Thank juga pada kak fiza kerana sudi berkongsi nozel yg. digunakan untuk membuat rose nie.

Ben 10 Cakes




Order dari Kroll, butter cheese cake, filling dengan peach n fresh cream, topping with buttercream. Kek nie untuk anak buah dia. Thanks Kroll.

Red + Purple Cupcakes


Order dari Natalia Natasya PTTC. Choc moist dengan choc ganache. Thanks Natasya.

Friday, June 12, 2009

Blue or purple cupcakes???



Order dari Hanim, 50 pcs choc moist cupcakes, topping dengan buttercream. Sebenarnya cupcakes nie purple color tapi bila snap jadi blue.. Ingatkan pakai h/set jadi macam tu..rupanya kata my ofismate subhi , kamera dia yg. canggih pun jadi lagu tu.. Kamera pun rabun color ya..ha..ha..Nasib baik Hanim sms tanya, dah lupa sikit.. sebelum nie dia dah order CMC n order sekali u cc 1 bulan awal. Lepas tu lak tukar buku baru.. langsung terlupa...Sorry ya Hanim.. Thanks and balik Ipoh nanti order lagi tau...

Wednesday, June 10, 2009

Guitar n book Cupcakes


Order dari Qierra, dia kerja kat Terengganu, balik bercuti.. Rasanya untuk anak buah dia.. Bab-bab lukis nie..ha..ha.. tanganku keras..ada ke rupa gitar n buku niee.. Harap Qierra puas hati ya.. Jumpa Qierra kat Jusco masa lunch time hari jumaat. Thanks Qierra.

Butter Cheese Cake


Nie order dari Zulkhairi untuk wife dia, Ina semperna birthday Ina. Depa nie my ofismate.... Butter cheese cake, frosting dengan fresh cream. Ada lak accident, dah siap deco terjatuh la pula buah peach kat tulisan tu...hu.hu.. tu yg. comot sikit...Sorry ya Ina...Thanks zul.

Testimony dari Ina
++++++++++++++

Sedapla akak kek tu..

Holiday Cake


Nie dibuat untuk dimakan bersama mak, ayah dan adik-adik semasa bercuti.. Cheese butter cake, filling n buah peach, fresh cream n topping with buttercream. Yummy..yummy. Selamat gak dalam perjalanan kek tu. Dapat gak adik Ipar Ida makan, dia tengah tunggu hari je niee..memang syok tengok depa makan..licinnnn. Last-last 2 hari lepas bercuti terus bersalin..alhamdulillah.

MU cupcakes


Nie juga dari Ina seramik, MU theme . Dia request buat padang bola dan Logo MU. Dapat buat 1 je logo. Itu pun tidur pukul 3.30am. Puas dok cari coklat bola, hubby dah beli tadi... last-last esoknya kena beli lain.. Ira dah kidnap. Bila sapu sampah baru perasan, kertasnya disorok bawah meja.. sedangkan dah beli lebih tu....bertuah betul .. Bila tanya, sapa pun tak mengaku..ha..ha...

Monday, June 8, 2009

Spongebob Cupcakes


Order dari Ina Seramik untuk birthday Diana. Thanks Ina. Dia order 1 set spongebob, 1 set football theme dan muffin. Gambar muffin gelap gelita, pasal rupa muffin tu pun gelap,almaklumlah choc Muffin, dok lak dlm box.. ha..ha.. Mata pun dah ngantuk, walaupun baru pukul 11pm.. Penatnya... zzzz.. sambung lain kali ya..

Choc Moist Cake


Order dari cikgu nini untuk makan-makan je.. Deco pun buat yang simple je. Thanks Nini.

Puteri Islam Cake


Order dari Puteri Islam semperna jamuan perpisahan, 1/2 kg je..berebutlah kome... Niee cake butter cheese, topping dengan buttercream, filling dengan fresh cream dan buah peach. Kroll yang order, so dia minta nak try tulis sendiri..cantik gak..bawalah nozel tu ke ofis... last-last entah manalah aku letak nozelku itu.. hu..hu..Thanks Kroll.

Cakes With Edible Image



Tempahan dari Kroll my ofismate semperna anniversary yg. ke 8 tahun. Tahniah kroll, semoga bahagia hingga kehujung nyawa. Kek butter cheese cake topping dengan buttercream, filling dengan buah peach dan fresh cream. Yummy...yummy.. Thanks Kroll, dia yg. request nak buat mcm. tu. siap ada buah kiwi lagi..Pada sesiapa yg. nak tempah edible kena kasi tau awal ya..Feena beli online kat eleafrost.Boleh tengok gambar yang telah sedia ada atau boleh juga dibuat editing.

Sunday, June 7, 2009

Pinky n blue cupcakes




Lamanya tak update. Agak bz dengan keja kat ofis n tempahan. Order dari kak Non my x-ofismate, untuk kedua anak amirah n farihah. hanya selang sehari je birthday depa niee.. Kak Non order 3 set untuk 25 pcs, untuk dibawa ke asrama anaknya n makan kat rumah. Yang satu set lagi, lupa lak snap. Thanks Kak Non.

Tuesday, May 26, 2009

KELAS MASS DELIGHT DI IPOH

Kelas ini dikendalikan oleh Pn. Mastura binti Yusof dari Kuala Lumpur yang berpengalaman berbelas tahun dalam bidang masakan seperti pembuatan biskut, kek, kuih tradisional dan juga katering. Untuk maklumat lanjutlah boleh melayari website beliau: http://massdelight.myportal.my

Modul 1: Mass Delight Cheese Cake Class

Tarikh : 28.6.09 (ahad)
Yuran : RM130
Masa : 10.0 pagi-1.00 ptg
Lokasi : No. 6 Jalan Taman Meru 10,

Taman Meru 2B, 30020 Ipoh

Type : Demo

Cheese Cake Class

Mini brown cheese cake
Blueberry Choc cheese cake
Oreo baked cheese cake
Toffee Caramel cheese cake
Tuilti Fruilti Cheese cake

Bonus resepi: 3 jenis

Italian Tiramisu
Banana Hazelnut with caramel souce
Victoria Sandwich Cake

Modul 2: Mass Delight Cookies Class

Tarikh : 28.6.09 (ahad)
Yuran : RM130
Masa : 2.0 ptg-5.30 ptg

Lokasi : No. 6 Jalan Taman Meru 10,
Taman Meru 2B, 30020 Ipoh
Type : Demo

Jenis-jenis biskut:(10 jenis)

Blueberry Cheesy tart
Blueberry Tart
Puteri Salju
Wavy Choc
Glitter Bright
Orange Mousse
Cheese Prune Top
Strawberry finger
Lovely Snow
Black Forest oat meal

Bonus resepi :10 jenis cookies

Sila bawa bekas tupperware.

Sekiranya berminat sila email feena69@gmail.com or tel no. 019-5596869, bayaran deposit RM 50.00 ke akaun Maybank Name : Rufina binti Abdul Raof Maybank Acc:162021005455.

Spongebob Cupcakes








Order dari Niza Cameron Highlands, kebetulan dia balik Ipoh. Dia order 2 set -25 pcs tema spongebob n 1 set design apa-apa je..Nielah hasilnya..Minta ALong tulis lukis muka spongebob tu.. tulah yang paling senang.. tapi ketar gak tangan nak buat pipi merah tu.. ha..ha.. n ada 8 pcs edible image spongebob , order dari mama lea-oven. Kalau ada yang berminat, kena bagitau awal ya.. pos dari KL niee.. Sapa tau kat mana nak cari edible image kat Ipoh... angkat tangan...ha..ha..aku nampak ka..ha..ha..Niza pun join kelas cupcakes, masa balik dia bawa balik 4 kotak berisi cc n cake.. Adik nya kena riba..dah tak ada tempat da..huhh.. sampai cameron ke?..pasai dia kata nak sambut birthday anaknya kat cameron..Dok diam-diam no...ha..ha..ha.. Dah ngantuk niee. 2.22 am da..ada projek hujung minggu lagi...tunggu...

PTK Cake



Order dari cikgu Niza sek. teknik Sri iskandar. vanilla cupcakes n choc. moist cake. CMC tu untuk husbandnya yang dapat PTK 4-4..Congrats.. s tu dah tambah masa masukkan dalam kotak..ha..ha..Bukan senang tau nak dapat 4-4, aku lah tu.. dah 4 kali ambik baru lulus...ha..ha...Dah fed-up nak pi ambik lagi.. biarlah.. Orang lain dah naik pangkat .. tapi aku bahagia sekarang.. Dah tak jadi boss..Dulu kepalaku pening, memikirkan hal kerja.. sekarang, pening gak..ha..ha..tidur lambat la pula tapi enjoy...jadi midnite baker..Thanks Niza..

Happy Teacher's Day



Order dari Ina Seramik, banyak sangat ina kat sini..so kena tambah nama sikit..ha..ha..ha Kat Ilp Ipoh ada kursus seramik, sapa-sapa nak order seramik untuk doorgift ke, cenderahati ke.. boleh lah datang sini.. Pinggan ala-ala vantage pun ada ... Murah-murah aje...iklan sekejap untuk seramik..ha..ha.. Nanti jangan lupa ina, kasi akak pasu yg. cun ya.. Kiranya yang nie ad-hoc la..tengah hari Ina tanya,esoknya dia nak... Masa nak decorate cake aku dah memang tahap gaban ngantuk..Gambar pun blur jadinya.. mcm org.nya ketika itu.. ha..ha..ha.. dah pukul 3am beb.. Esok keja.. nasib baik hari jumaat, sempatlah tidur tengah hari tu jap. Ina order 1 set cupcakes n 1.5kg choc. moist cake untuk diberi pada tadika n taska untuk anaknya. Bila ina bagitau cikgu-cikgu suka n cakap sedap, terus hilang rasa letih..ha.ha.Thanks Ina.
Testimony
Cikgu kata sedap n sayang sgt. nak makan cupcakes.. petang baru dia makan...

Selamat Hari Guru


Kek nie untuk guru-guru mohd. firdaus di SKJ semperna sambutan hari guru pada jumaat yang lepas. Kesian mamat, malu agaknya nak bawa kek tu kat cikgu dia, siap suruh masukkan dalam plastik, supaya tak nampak. Layan je la.. Last-last baru tahu, bila nak turun kereta dia kata kat abah dia, mamat seganlah nak kasi cikgu,, apa-apa je anak ku niee...hii..hii.. Dia yang minta buatkan kek niee.bila ambik dia balik, sengih je.. cikgu kata sedap kek tu...

Tuesday, May 19, 2009

SELAMAT HARI GURU




Kek nie dibawa oleh Ira ke Tadika Intelek, Puncak Jelapang semperna hari guru. Terima kasih cikgu, puas hati dengan tadika niee... nampak ada progress setiap hari aktiviti membaca dia.. Tak seperti tadika Faris dulu...hu..hu..Setahun baca buku Bacaan Bistari 1 tu tak habis.. Walaupun Faris kurang fokus, bnyk. main tapi progress setiap hari tu tak nampakk...Setakat niee Ira dah boleh baca dua suku kata..Dia nie rajin sikit..almaklumlah pompuan. Kalaulah aku rajin ajar rasanya cepat dia dapat.. Tapi ibunya sibuk bebenor...siang malam keja.. Kek nie pun start buat dalam pukul 10, ada lak barang tak ada,, pi kedai lakk...hu...hu...Cadangnya memang nak buat petang.. tapi letih sgt.tup..tup dapat call dari liza pukul 8 mlm, minta buat kan cmc. jadi terus buat lebih la..nak tunggu kek tu sejuk lagi..kat pukul 2.30 baru tidur.. Kepala pun pusing je... tidur tak cukup beb..

GOOD LUCK


Order dari liza my regular customer untuk zaidi semperna menduduki final exam diploma dia. Pasti Choc moist cake..favourite depa..dah banyak kali liza order. Good luck juga dari feena dengan pesanan: bertuah hang, liza bagi sepenuh support siap teman hang pi kelas weekend n ambik exam.. Ada kek lagi ... buat yang terbaik tau..!!! Aku pun tak ada buat mcm liza.. siap teman gi kelas...hiii...hii...bila hubby ambik degree.. lama hoo.. akhirnya berjaya juga E. zul ya....Congrats.. Nanti sampai masanya adalah kek tu...Hii..hii.

Monday, May 18, 2009

CMC Cakes




Order dari cikgu Nini semperna jamuan hari guru di sekolahnya, ada cerita disebaliknya.. Ada 2 biji . Selamat Hari Guru....Hari niee kepalaku pusing.. Agaknya asyik tidur lewat je.. Layan je la..
Testimony
+++++++
semua cikgu puji sedap, depa sapu licin. tak cukup..deco pun cantikk hii..hii..
Thanks Nini, Lain kali order lagi tau nini...Pasal deco tu masih banyak kena baiki..

Thursday, May 14, 2009

Cup cakes


Order dari Mazni Penang, kebetulan minggu nie dia balik Ipoh.. Saja untuk makan-makan dengan family dia. Tuan punya pun belum tengok lagi.. sekejap lagi dia mai ambik..tengah rajin nak update blog niee..hi..hi.. Thanks Mazni .
Testimony dari Mazni(sms)
++++++++++++++++++++
katanya cc smpi rumah kulim dah tinggal 6 je...sedap, nanti bila-bila leh order lg...
Mazni.. banyak tu sekali makan berdua lak tu...hii...hii.

Selamat Hari Ibu lagi..


Order dari Fara, sekarang tengah practical kat Ilp. Fara nie anak kepada En. Din , ada menyediakan perkhidmatan jahit baju n juga dobi. Untuk baju mak dia yang buat. Dia dok kat kuarters ILP . Murah sangat untuk perkhidmatan dobi n jahit baju .. Jom singgahlah blog dia. Thanks Fara.. Kasih ibu tiada tolak banding,, bukan hanya setakat hari ibu je...Yang mana belum sempat meraikan ibu, anda masih belum terlambat.. berikan pemberian yang akan membuat ibu terasa dihargai oleh anak-anak. Pasti ibu anda akan gembira dan terharu....

Testimony dari Fara (sms)

Trima kasih kak.. mak ckp kek sedap..nnt ada rezeki sy order lagi...

Cupcakes




Nie pun order dari Adi,untuk dibawa ke KL. Harap cc tu selamat sampainya.. Adi request deco cc hantaran yang dulu, cuma color je yang berbeza. merah dan kuning. Thanks Adi.