Thursday, May 14, 2009

Cup cakes


Order dari Mazni Penang, kebetulan minggu nie dia balik Ipoh.. Saja untuk makan-makan dengan family dia. Tuan punya pun belum tengok lagi.. sekejap lagi dia mai ambik..tengah rajin nak update blog niee..hi..hi.. Thanks Mazni .
Testimony dari Mazni(sms)
++++++++++++++++++++
katanya cc smpi rumah kulim dah tinggal 6 je...sedap, nanti bila-bila leh order lg...
Mazni.. banyak tu sekali makan berdua lak tu...hii...hii.

Selamat Hari Ibu lagi..


Order dari Fara, sekarang tengah practical kat Ilp. Fara nie anak kepada En. Din , ada menyediakan perkhidmatan jahit baju n juga dobi. Untuk baju mak dia yang buat. Dia dok kat kuarters ILP . Murah sangat untuk perkhidmatan dobi n jahit baju .. Jom singgahlah blog dia. Thanks Fara.. Kasih ibu tiada tolak banding,, bukan hanya setakat hari ibu je...Yang mana belum sempat meraikan ibu, anda masih belum terlambat.. berikan pemberian yang akan membuat ibu terasa dihargai oleh anak-anak. Pasti ibu anda akan gembira dan terharu....

Testimony dari Fara (sms)

Trima kasih kak.. mak ckp kek sedap..nnt ada rezeki sy order lagi...

Cupcakes




Nie pun order dari Adi,untuk dibawa ke KL. Harap cc tu selamat sampainya.. Adi request deco cc hantaran yang dulu, cuma color je yang berbeza. merah dan kuning. Thanks Adi.

Cheese Marble Brownies


Order dari Adi lagi, my loyal customer. Nie untuk makan-makan untuk rumah MIL dia. Gambar lain kan Adi.. Yang ini terhangit sikit, terus reject dari QC feena, buat lain.. Yang tu tak tangkap gambar pula..Feena akan pastikan setiap kek/Cupcakes yang dibuat, mempunyai kualiti dan bermutu. Walaupun terpaksa mengalami sedikit kerugian janji pelanggan berpuas hati. Kadang-kadang bahan dan kepanasan oven tersilap sikit, rasa kek dah lain. Insyallah kalau feena dapat menyedari terdapat kekurangan sebelum penghantaraan kek, feena akan buat yang lain.. Thanks Adi di atas sokongan terhadap feenacakes.

HAPPY BIRTHDAY TAUFIQ



Order dari Niza my ofis mate. Sorry Niza tersilap tulis nama taufiq, main cakap mulut je..tak take note..Dia order 2 biji - 700g, satu untuk taska n satu untuk makan kat rumah. Thanks Niza kerana terus memberi sokongan pada feenacakes.

Wednesday, May 13, 2009

Kelas Basic Cupcakes di Ipoh - 10/5



Kelas basic cupcakes di feenacakes pada 10/5. Ada 3 peserta dari kiri Lia, Ida dan Ziana.



Nie hasil deco lia, bukan 12 biji lagi dahh.. lebih feena kasi.. Kelas mula dari pukul 11.15 hingga 4.30 ptg. Lia memang mengambil tempahan kek,brownies n muffin. Seronok kan bila jumpa kawan-kawan yang sama bidang.. macam-macam cerita. Lia nie dari tahun lepas lagi minta feena buat kelas. Akhirnya dapat gak attend. Seronok lia dapat mengikuti kelas niee. Siap pesan kalau ada kelas lain nak join lagi.


Nie Ida dan hasil cc yang Ida deco.. kemas dan pendiam orangnya..Dia datang berdua dengan Lia.

Nie Ziana dari Taman Chemor Indah. Mula-mula kelas Ziana dah frust, asyik tak jadi je deco dia.. Feena lak yang mana tak cantik suruh buat sampai cantik..Hi..hi.. sorry ya semua.. Tak puas hati kalau anak murid tak dapat apa yang kita ajar..suruh buat kat atas board sampai jadi.. Bila tengok depa yang lain dah 6 biji cc dah siap deco , dia baru 3 biji lagilah dia mengelabah.. Lepas lunch baru deco Ziana menjadi..Baru dia boleh tersenyum... Kalau tak jadi gakk.. dia kena tahan .. tak boleh balik.. buat sampai jadi...Hii..hii.. At last dia boleh siapkan juga dalam pukul 4 tu.. Mula-mula memang macam tu.. Selalu kita buat cantiklah deco tu..

Feena akan pastikan setiap yang datang ke kelas dari tak tahu apa-apa , habis kelas boleh tersenyum puas dengan hasil deco masing-masing. Kalau berminat, boleh hubungi feena. Untuk hari Ahad nie 17/5 - masih ada kekosongan.

Marble Cheese Brownies



Order dari Adi, mula -mula buat brownies nie masa jamuan untuk Tun n Leen. Hari Jumaat Adi minta buat untuk MIL dia. Hari Sabtu Adi call lak untuk buatkan lagi 1 untuk mak dia, nak ambik hari Ahad. Petang Sabtu terus buat, n minta Along hantar ke rumah Adi. Siap sms kat Adi, yang satu tu baru masak, mungkin dia tak moist lagi...Tapi dapat message dari Adi..katanya sedap dah habis separuh loyang dah makan.. Tak sempat nak tunggu esok..Hi...hii.. Thanks Adi.

Nie resepi dari kak rinn yang rajin sgt...Thanks kak Rinn.. Feena copy je dari Kak rinn.. kalau nak tau step by step ke pi kat website kak Rinn la..http:/rinnchan.fotopages.com . Yang tengah rajin buat roti tu.. intai-intailah dapur kak rinn tu... gebu-gebu je roti nya..tapi yang lemahnya.. nak buat corak dia.. Hii..hiii. so ku buat petak-petak je...Sorry Adi.. Sapa nak order habaq mai sini...Hiii..hii.. Nak buat nie resepi nya..

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :

250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor ( feena kasi 1 cwn je)
1/2 cwn susu cair ( feena guna fresh milk)
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:

250g cream cheese
1 cwn gula castor (feena guna 1/2 cwn je)
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20 min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Tuesday, May 12, 2009

CC Semperna Hari ibu Lagi



Order dari Isma Klebang jaya, my loyal customer. Choc Moist cupcakes dengan ganache. Thanks Isma kerana terus memberi sokongan pada feena.

Niee order dari Intan dari KL untuk mak dia di Taman Wan semperna Hari Ibu. Dia call hari Sabtu, kebetulan ada cc lagi, dapatlah memenuhi permintaan intan.Hantar cc pada hari Ahad. My hubby n Along yang hantaq. Lama nya depa pi delivery, kalau ada kelas cc, along n my hubby la yg. tolong kat dapur.. Nasib baik sebelum kelas dah siap kemas untuk lunch.. Tapi bila habis kelas , Along n Hubby datang bawa bungkusan hadiah.. Hilang segala penat .. Dah 3 malam niee tidur 2am.. Thanks Abg n Along...Pandai Along pilih.. Cantikk... Apa tu???

Satu lagi cc untuk Leen my ofis mate, sorry sangat-sangat ..Macam mana lak terlupa snap gambar niee. Jiwa kacau betoi... Bestnya leen , birthday dia jatuh pada Hari Ibu.. sekarang tak bestlah pasai lum kahwinnn..hi...hi.. Dia pun tak tangkap gambar.. Sorry Leen. Next time kena pastikan betul-betul dah snap gambar.. Ada lagi entry tertunggakk.. esok ya..ngantukkk..

Selamat Hari Ibu



Niee request dari anak-anak minta buatkan cheese butter cake.. lepas tu Along yang tulis.. Dalam peti ada strawberry filling, terus sapu je.. Tak perasan rupanya ada blueberry topping.. kalau bubuh nie sure lagi sedap..

Dalam keadaan yang kelamkabut, fikiran berserabut dengan kelas lagi pada hari Ahad tu.. aku telah terlupa nak snap gambar...Hu..hu..Ampun..terutama pada Ani tokeh kek kat Klang, Munifa n Leen. Ani order Cheese butter cake gak untuk opahnya, dengan tulisan Selamat Hari Ibu dari Yong sekeluarga.Agaknya yong tu mak dia.. Mak dia nak tengok gambar.. Minta maaf mak chik ... terlupa betoi..

Hari jumaat buat 2 biji cheese butter cake untuk kak Hasna n feena.. Hari Sabtu lak buat lagi 3 biji..untuk Krol, ifa n Ani.. Yang niee lupa snap gambar... Hari Ahad pagi baru sempat deco..sementara tunggu peserta kursus..Tu yang kelam kabut tu... Design hampir sama dengan kak hasna punya, cuma perkataan je berlainan. Satu lagi kesilapan aku lakukan.. Krol nak 1.5kg.. sorry kroy.. miss comm. Nanti order lain ya.. katanya tak puas makan... Ifa lak call tadi,, katanya sedap.. mak n ayah dia pun suka.. Thanks kawan-kawan semua kerana bagi sepenuh sokongan pada feena....

20TH Anniversary


Tahniah k. Hasna , my ofismate semperna Anniversary yang ke 20 tahun.. Semoga terus bahagia hingga kehujung nyawa. Lama tu..tapi still romantic gitu..Nie cream cheese butter cake, frosting dengan fresh cream. Memang yummy...

CMC Cake


Order dari Hanim KL, dia orang Ipoh. dok kat Manjoi je.. Semperna Hari Ibu n Ulang Tahun. Kebetulan dia balik Ipoh..so terus order n feena.. Selamat Hari Ibu Hanim..Suka tengok anak Hanim ..comel.. Nanti esok sambung lagi, kek Semperna Hari Ibu..Bz betoi minggu niee.. Ngantukk dah pukul 4.00am.. Esok nak keja...
Hanim sms bagitau selepas seminggu dia makan.. thanks hanim, nanti boleh order lagi..: sedap betul. kna dgn. icingnya..Mak hanis suka sgt, mak chik hanim pun suka termasuklah si kecik tu..

Kek untuk Ibu Tersayang


Untuk mak tersayang, jasamu akan dikenang sehingga ke akhir hayat. Bila ada banyak tempahan semperna hari Ibu, teringat lak mak kat kampung. Asyik buat kek untuk mak orang, mak aku kat kampung.. mcam mana lak.. Tak aci niee..Terus teringat kat Ana Sg. Dua..kebetulan lak Adik Pidi dari Alma nak balik Tikam Batu, suruh dia ambik kat Sg. Dua. Kek carrot walnut surelah sedap....Nanti Ah(nama manja niee)hi..hiii.. order lagi untuk Father's Day lak. Thanks Ana n Pidi..

Cupcakes & New Sticker



CC untuk Tun Aliff, seorang pelajar Cosmopoint yang menjalani praktikal di ILP, untuk diberi pada ibu semperna Mother's Day. Pada jumaat yang lepas merupakan hari terakhir beliau tamat latihan praktikal . Tun banyak menolong Feena dalam membuat pamplet dan banner kursus percuma ICT komuniti. Nie sticker n bisnes card untuk feenacakes juga dibuat oleh Tun. Masa tulis niee.. b/card lum siap printing lagi..Design dibuat oleh Tun menggunakan Adobe Illustrator , kreatif budaknya.. Sekejap aje dia buat.. lepas tu kasi pada my ofismate lak Ismazaidi untuk printing. Sesiapa yang tengah nak tempah sticker n b/card bolehlah contact depa niee. Thanks Tun. Kalau nak buat header blog pun, dia boleh buat.. Kak feena doakan semoga Tun terus berjaya dalam bidang yg. diceburi dan menjadi anak yang soleh..budak baik niee.. n still single..Hi..hi..Promosi ngan orang sekali..hi...hi..

Tuesday, May 5, 2009

MOTHER'S DAY SPECIAL -IPOH

Feenacakes akan mengadakan promosi semperna hari Ibu. Hargailah jasa ibu yang telah membesarkan kita dengan memberikan cupcakes @cakes untuk mengingati jasa-jasa ibu. Jasamu ibu tidak nilai..

1. Cupcakes + Buttercream Souffle cup S Size - 2.0 oz.
Flavour :vanilla
16pcs = RM 30.00
25pcs = RM 42.00

Souffle cup M Size - 2.5 oz.
16pcs = RM 35.00
25pcs = RM 52.00

2. Chocolate Moist Cakes - 7" (700g) - RM 30. Nie kasi 8".

3. Cream cheese butter cake + fresh cream + peach @
Cream cheese butter cake + fresh cream + strawberry filling
RM 60 (1.5kg) - Hanya RM 58.00
RM 30 (700g)

Penghantaran percuma disekitar Ipoh.

Deco bunga-bungaan dan kasih sayang..simbol love. Nyatakan tulis yg. hendak ditulis.

Hurry!!!!limited order..tinggal 4 hari lagi untuk meraikan HARI IBU!!!!

Cream Cheese Butter Cake



Cream cheese butter cake + fresh cream + peach

Cream cheese butter cake + fresh cream + blueberry/strawberry/kiwi filling

RM 60 (1.5kg)
RM 30 (700g) _ Promosi semperna Hari Ibu.
Aktiviti hujung minggu, mencuba resepi baru..Ini merupakan produk terbaru feenacakes Cream Cheese Butter Cake. Thanks Midah kerana sudi berkongsi resepi. Memang Yummy...yummy ..
bak kata niza,adi, leen, sham, kairol..ramai nak tulis niee..eehhh.. yang dah rasa kek nie. Bila makan , nak lagi..nak lagi.. tak cukup sepotong punya...ehhh..Kek nie frosting dengan fresh cream dan diletakkan dengan buah peach. Thanks pada my ofismate yang memberi sokongan dan pandangan yang membina untuk meningkatkan mutu dan kualiti feenacakes. Sebelum ini feena hanya sekadar suka-suka dalam dunia bakery ini sekadar memenuhi masa lapang. Kini akan terus melangkah ke depan tanpa pandang ke belakang lagi..eeehhh. Tqvm pada my hubby yg. sentiasa memahami dan menyokong apa saja yang feena buat...

Friday, May 1, 2009

Kelas Basic Cupcakes (Ipoh)-1/5



Kelas dijalankan pada hari nie 1/5 seramai 2 org. Satu pengajaran yang sangat berharga kerana mudah mempercayai orang.. Mulai hari nie sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas kena jelaskan deposit 1 hari sebelum tarikh kelas dijalankan. Harap Maklum.
Dihadiri oleh Yang Nazhatul dari Menglembu dan Ila dari Manjoi. Yang nie pegawai bank, dah tak nak pandang belakang dah lepas niee katanya. Cantik dan kemas kerjanya..Macam-macam kursus dia nak pi lepas niee.. Berderet beb...Semangat dia, yang tak tahannya dia nak pi kursus Kak Mas Delight di Ampang ,KL hari ahad nie...Feena lak dari tahun lepas lagi teringin nak pi kelas kak Mas.. still tak pi lagi. Harap-harap 27/6 kelas Kak Mas di Ipoh akan menjadi kenyataan. Kak Mas akan datang ke rumah Feena pada 27/6 (Ahad) untuk kelas Cake dan biskut. Berminat, sila beri nama ya..Nanti feena akan buat pamplet untuk jenis-jenis biskut dan cake yang akan diajar.

Ila seorg. suri rumah. Juga tak pernah pegang nozel tapi sangat berminat nak berlajar deco niee. Yang penting ada minat, pasti boleh punya.. Tak percaya tengok lah deco depa, yang tak pernah pernah pegang nozel boleh deco..lepas nie gi beli nozel .tanya je auntie kat kedai ws tu..jng segan..dia tak marah walaupun berla... sikit. Kenapa ya kedai bakery kat Ipoh niee eksyen semacam je.??? Lepas nie masing-masing dah ada perancangan nak buat cc untuk anak kasi kat cikgu semperna Hari Guru nanti.


Mula-mula feena akan ajar deco atas board, buatlah sampai puas hati deco tu,, lepas tu baru deco kat atas cupcakes. Untuk yang berminat kelas seterusnya pada 9/5 (Sabtu).
Habis kelas dapat sms dari Yang, katanya:mak mertua Yang, yg. x pernah suka kek suka sgt. kek feena. Hubby pun cakap sedap..
Yang bestnya Hubby dia pernah jadi Chef kat Hotel Istana. Tu yg. mahal tu bila chef kata sedap..ehh..Tqvm Yang.

Makan-makan Cupcakes


Ini cupcakes diberi pada my neighbour Kak Min, kalau dia outstation je pasti ada buah tangan dari dia. Baru nie dapatlah makan kek lapis masam manis dan Kek lapis rempah dari Sarawak. Sedappp..Kek lapis nie tak sanggup nak buat rasanya..

Booties Cupcakes


Cupcakes nie untuk Alany, Happy Birthday Alany!!! Alany nie anak Adi, my ofismate. Semoga Alany menjadi anak yang solehah.

Mix Cupcakes



Order dari Kak ku, my loyal customer, 25 pcs vanilla flavour. Senang berurusan dengan Kak ku, design n color terserah kepada feena. Sebelum niee pening gak nak memikirkan.. Tapi sekarang bolehlah fikir sikit..eehh..Kerja kat ofis dah ringan , ngajar je...Dah tak terlibat dengan pengurusan. Sekarang feena tidak akan pandang ke belakang lagi. Dulu hanya sekadar minat dan suka-suka aje. Inilah bidang yang feena akan ceburi bila nak pencen awal nanti.. Insyallah.

Sunday, April 26, 2009

Kelas Basic Cupcakes (Ipoh)


Kelas basic cupcakes pada 26/4. Bermula dari pukul 11.00 am hingga 4.30 pm dengan 3 orang student , Kak Laily, Eyta n Lia. Eyta n Lia dah lama minta feena buat kelas nie, dari tahun lepas lagi... sabar dia org. menunggu. Lia pula mcm tahu-tahu je, ada sms kat dia pasal nak buat kelas last week tapi katanya dia tak terima lak. Tup-tup tergerak dia nak call feena pagi tadi dalam pukul 9 am. Terus dia datang, rajin Lia nie ..kiranya nie first time dia main dengan buttercream niee.. Lepas nie boleh ambik tempahan lia.. Nie cc yang Lia buat. Wah !!Lia, boleh jadi model cupcakes akak niee.eeehh..


Kak Laily lak memang ambik tempahan , dah biasa gak ngan buttercream niie, cuma nak berlajar teknik deco je,,cantik deco nya.. siap free hand gambar girl tu..siap buat bunga rose lagi.. tapi dicampur lak ngan bunga lain, tak sempat nak suruh letak kat cc lain. Bunga ros nie tak masuk dalam silibus, nama pun basic Cup cakes,, tapi kak laily minta tunjukkan, so tunjuk la juga.. Student lain takut nak cuba.eeehhh.

Eyta nie jauh gak datang dari Batu Gajah, walaupun jauh dia paling awal datang. Dia dah biasa main dengan buttercream nie tapi cuma berlajar dari internet je. Lepas diajar teknik-teknik deco, terus masing-masing dengan idea sendiri make-over cc.


Nie gambar masa lepa cc tu , sampai berdiri depa nak kasi cc tu licinnn..eeeehh. Licin, jng. tak licin...Kak Laily cool je..eehh. Sambil buat kerja masing-masing dok pot-pet..eehh..best kan dok cerita pasai dunia bakery niee. Mula-mula tu, malu je kan masa mula-mula jumpa..lepas datang Lia baru rancak depa .lepas tu dah tak le nak stop.eehh..Habis kelas 4.30 ptg. minum n borak lagi...lama gak husband masing-masing dok tunggu dalam kereta tu...Lia nie kawan my hubby, masa buat space kat UTM, rumah dia dekat sini je..peramah n mesra orang nya..

Alamak lupa la pula.. ada sorang lagi student, lewat sgt. dia mai. Dah habis kelas baru sibuk nak berlajar. Niee dia, special sikit tau..ira namanya, baru 5 tahun .. tapi ada talent la juga.eehh.. tak taulah bunga apa dia buat..habis jahanam cc.. sapa nak makan niee...suruh makan tak nak la pula..Setiap kali ada tempahan, mesti kena kasi satu kat dia, nak deco juga..Eeehhh..Layannn..


Untuk kelas seterusnya akan dibuat pada 1/5 (jumaat). Walaupun baru first time pegang nozel, habis kelas pasti dah boleh deco CC. Balik rumah, practise selalu..Teknik dah dapat, cuma kreativiti bergantung kepada individu untuk design cupcakes yang cun. Berminat hubungi feena, tel 019-5596869, email:rfina8@yahoo.com

MU Cupcakes


Order dari Qemmal from Penang untuk teman istimewanya di Ipoh. Dia yang datang ambil kat rumah.. Terkejut teman, terus dimasukkan dalam raga motor, senget lak tu.. uhh.. Nasib baik masuk dalam kotak lubang tu, letak senget pun masih selamat .. waktu ketika tu la... bila tanya.. ok ke cupcakes tu, dok senget.. Dia jawap Okk.. Harap-harap selamatlah cupcakes tu dalam motor ..Tak pun selamat dalam perut.. Eeehh...Thanks Qemmal..

HAPPY BIRTHDAY FARIS



Hari lahir Faris yang ke -7 tahun. Happy belated birthday Faris, seperti biasa tanpa perancangan awal , terus teringat nak ajak kawan nya ke rumah. Majlis pun bermula pukul 6.30 ptg. selepas Faris balik dari sekolah. Feena pula balik kerja pukul 5.00 pm terus goreng bihun, berpeluh dibuatnya. Along pula belum balik dari sekolah ada kokurikulum pula...Aduhh.. ingatkan dia balik awal. Nasib baik hubby balik awal..Dia org. yg. tolong layankan budak-budak.. Lorong depan rumah niee memang tempat budak-budak n mak budak berkumpul, terus ajak semua masuk.. Maaf lah ya.. kawan-kawan , kecik-kecil jamuan je..lain kali feena jemput datang rumah ya... Kek lak buat kek choc moist , kebetulan ada yg. order 1/2 kg. Jadi ada 1/2 kg lagi.. tu yg. buat tu..campur cupcakes yang sedia ada. Deco lak .. simple je...ehhh.eeehh..