Tuesday, May 5, 2009

Cream Cheese Butter Cake



Cream cheese butter cake + fresh cream + peach

Cream cheese butter cake + fresh cream + blueberry/strawberry/kiwi filling

RM 60 (1.5kg)
RM 30 (700g) _ Promosi semperna Hari Ibu.
Aktiviti hujung minggu, mencuba resepi baru..Ini merupakan produk terbaru feenacakes Cream Cheese Butter Cake. Thanks Midah kerana sudi berkongsi resepi. Memang Yummy...yummy ..
bak kata niza,adi, leen, sham, kairol..ramai nak tulis niee..eehhh.. yang dah rasa kek nie. Bila makan , nak lagi..nak lagi.. tak cukup sepotong punya...ehhh..Kek nie frosting dengan fresh cream dan diletakkan dengan buah peach. Thanks pada my ofismate yang memberi sokongan dan pandangan yang membina untuk meningkatkan mutu dan kualiti feenacakes. Sebelum ini feena hanya sekadar suka-suka dalam dunia bakery ini sekadar memenuhi masa lapang. Kini akan terus melangkah ke depan tanpa pandang ke belakang lagi..eeehhh. Tqvm pada my hubby yg. sentiasa memahami dan menyokong apa saja yang feena buat...

Friday, May 1, 2009

Kelas Basic Cupcakes (Ipoh)-1/5



Kelas dijalankan pada hari nie 1/5 seramai 2 org. Satu pengajaran yang sangat berharga kerana mudah mempercayai orang.. Mulai hari nie sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas kena jelaskan deposit 1 hari sebelum tarikh kelas dijalankan. Harap Maklum.
Dihadiri oleh Yang Nazhatul dari Menglembu dan Ila dari Manjoi. Yang nie pegawai bank, dah tak nak pandang belakang dah lepas niee katanya. Cantik dan kemas kerjanya..Macam-macam kursus dia nak pi lepas niee.. Berderet beb...Semangat dia, yang tak tahannya dia nak pi kursus Kak Mas Delight di Ampang ,KL hari ahad nie...Feena lak dari tahun lepas lagi teringin nak pi kelas kak Mas.. still tak pi lagi. Harap-harap 27/6 kelas Kak Mas di Ipoh akan menjadi kenyataan. Kak Mas akan datang ke rumah Feena pada 27/6 (Ahad) untuk kelas Cake dan biskut. Berminat, sila beri nama ya..Nanti feena akan buat pamplet untuk jenis-jenis biskut dan cake yang akan diajar.

Ila seorg. suri rumah. Juga tak pernah pegang nozel tapi sangat berminat nak berlajar deco niee. Yang penting ada minat, pasti boleh punya.. Tak percaya tengok lah deco depa, yang tak pernah pernah pegang nozel boleh deco..lepas nie gi beli nozel .tanya je auntie kat kedai ws tu..jng segan..dia tak marah walaupun berla... sikit. Kenapa ya kedai bakery kat Ipoh niee eksyen semacam je.??? Lepas nie masing-masing dah ada perancangan nak buat cc untuk anak kasi kat cikgu semperna Hari Guru nanti.


Mula-mula feena akan ajar deco atas board, buatlah sampai puas hati deco tu,, lepas tu baru deco kat atas cupcakes. Untuk yang berminat kelas seterusnya pada 9/5 (Sabtu).
Habis kelas dapat sms dari Yang, katanya:mak mertua Yang, yg. x pernah suka kek suka sgt. kek feena. Hubby pun cakap sedap..
Yang bestnya Hubby dia pernah jadi Chef kat Hotel Istana. Tu yg. mahal tu bila chef kata sedap..ehh..Tqvm Yang.

Makan-makan Cupcakes


Ini cupcakes diberi pada my neighbour Kak Min, kalau dia outstation je pasti ada buah tangan dari dia. Baru nie dapatlah makan kek lapis masam manis dan Kek lapis rempah dari Sarawak. Sedappp..Kek lapis nie tak sanggup nak buat rasanya..

Booties Cupcakes


Cupcakes nie untuk Alany, Happy Birthday Alany!!! Alany nie anak Adi, my ofismate. Semoga Alany menjadi anak yang solehah.

Mix Cupcakes



Order dari Kak ku, my loyal customer, 25 pcs vanilla flavour. Senang berurusan dengan Kak ku, design n color terserah kepada feena. Sebelum niee pening gak nak memikirkan.. Tapi sekarang bolehlah fikir sikit..eehh..Kerja kat ofis dah ringan , ngajar je...Dah tak terlibat dengan pengurusan. Sekarang feena tidak akan pandang ke belakang lagi. Dulu hanya sekadar minat dan suka-suka aje. Inilah bidang yang feena akan ceburi bila nak pencen awal nanti.. Insyallah.

Sunday, April 26, 2009

Kelas Basic Cupcakes (Ipoh)


Kelas basic cupcakes pada 26/4. Bermula dari pukul 11.00 am hingga 4.30 pm dengan 3 orang student , Kak Laily, Eyta n Lia. Eyta n Lia dah lama minta feena buat kelas nie, dari tahun lepas lagi... sabar dia org. menunggu. Lia pula mcm tahu-tahu je, ada sms kat dia pasal nak buat kelas last week tapi katanya dia tak terima lak. Tup-tup tergerak dia nak call feena pagi tadi dalam pukul 9 am. Terus dia datang, rajin Lia nie ..kiranya nie first time dia main dengan buttercream niee.. Lepas nie boleh ambik tempahan lia.. Nie cc yang Lia buat. Wah !!Lia, boleh jadi model cupcakes akak niee.eeehh..


Kak Laily lak memang ambik tempahan , dah biasa gak ngan buttercream niie, cuma nak berlajar teknik deco je,,cantik deco nya.. siap free hand gambar girl tu..siap buat bunga rose lagi.. tapi dicampur lak ngan bunga lain, tak sempat nak suruh letak kat cc lain. Bunga ros nie tak masuk dalam silibus, nama pun basic Cup cakes,, tapi kak laily minta tunjukkan, so tunjuk la juga.. Student lain takut nak cuba.eeehhh.

Eyta nie jauh gak datang dari Batu Gajah, walaupun jauh dia paling awal datang. Dia dah biasa main dengan buttercream nie tapi cuma berlajar dari internet je. Lepas diajar teknik-teknik deco, terus masing-masing dengan idea sendiri make-over cc.


Nie gambar masa lepa cc tu , sampai berdiri depa nak kasi cc tu licinnn..eeeehh. Licin, jng. tak licin...Kak Laily cool je..eehh. Sambil buat kerja masing-masing dok pot-pet..eehh..best kan dok cerita pasai dunia bakery niee. Mula-mula tu, malu je kan masa mula-mula jumpa..lepas datang Lia baru rancak depa .lepas tu dah tak le nak stop.eehh..Habis kelas 4.30 ptg. minum n borak lagi...lama gak husband masing-masing dok tunggu dalam kereta tu...Lia nie kawan my hubby, masa buat space kat UTM, rumah dia dekat sini je..peramah n mesra orang nya..

Alamak lupa la pula.. ada sorang lagi student, lewat sgt. dia mai. Dah habis kelas baru sibuk nak berlajar. Niee dia, special sikit tau..ira namanya, baru 5 tahun .. tapi ada talent la juga.eehh.. tak taulah bunga apa dia buat..habis jahanam cc.. sapa nak makan niee...suruh makan tak nak la pula..Setiap kali ada tempahan, mesti kena kasi satu kat dia, nak deco juga..Eeehhh..Layannn..


Untuk kelas seterusnya akan dibuat pada 1/5 (jumaat). Walaupun baru first time pegang nozel, habis kelas pasti dah boleh deco CC. Balik rumah, practise selalu..Teknik dah dapat, cuma kreativiti bergantung kepada individu untuk design cupcakes yang cun. Berminat hubungi feena, tel 019-5596869, email:rfina8@yahoo.com

MU Cupcakes


Order dari Qemmal from Penang untuk teman istimewanya di Ipoh. Dia yang datang ambil kat rumah.. Terkejut teman, terus dimasukkan dalam raga motor, senget lak tu.. uhh.. Nasib baik masuk dalam kotak lubang tu, letak senget pun masih selamat .. waktu ketika tu la... bila tanya.. ok ke cupcakes tu, dok senget.. Dia jawap Okk.. Harap-harap selamatlah cupcakes tu dalam motor ..Tak pun selamat dalam perut.. Eeehh...Thanks Qemmal..

HAPPY BIRTHDAY FARIS



Hari lahir Faris yang ke -7 tahun. Happy belated birthday Faris, seperti biasa tanpa perancangan awal , terus teringat nak ajak kawan nya ke rumah. Majlis pun bermula pukul 6.30 ptg. selepas Faris balik dari sekolah. Feena pula balik kerja pukul 5.00 pm terus goreng bihun, berpeluh dibuatnya. Along pula belum balik dari sekolah ada kokurikulum pula...Aduhh.. ingatkan dia balik awal. Nasib baik hubby balik awal..Dia org. yg. tolong layankan budak-budak.. Lorong depan rumah niee memang tempat budak-budak n mak budak berkumpul, terus ajak semua masuk.. Maaf lah ya.. kawan-kawan , kecik-kecil jamuan je..lain kali feena jemput datang rumah ya... Kek lak buat kek choc moist , kebetulan ada yg. order 1/2 kg. Jadi ada 1/2 kg lagi.. tu yg. buat tu..campur cupcakes yang sedia ada. Deco lak .. simple je...ehhh.eeehh..

Tuesday, April 21, 2009

Muffin Pisang


Kat office la nie, masing-masing mabuk muffin. Ramai yang tengah rajin buat muffin. Aku pun terkena tempiasnya, tengok pisang ada kat rumah, terus buat muffin pisang. Sedappp.. jap je dah habis..Esoknya buat lagi..terus buat 2 adunan. Nanti kesempatan tempek resepi kat sini ya...

Cupcakes Hantaran



Order dari Adi untuk pertunangan abang iparnya Yob. Cupcakes nie dibawa ke KL, Adi request design yang sebelum nie punya..Thanks Adi..

Badut Cakes for Yati


Order dari Yati, Uitm . Hari yg. sama n Kak Ita. Yati request design yg, sama yang dibuat untuk birthday Raihan . Maaf ya, gambar kurang memuaskan, almaklumkan kat pukul 2am baru nak tangkap. Mata pun dah layu, dok layan internet niee..

CC for Kak Ita


Order dari Kak Ita dari Uitm, hubby yg. tolong hantarkan. Alhamdulillah selamat cc tu.. hubby niee kasi pecut je.. kejar punch card..Sesiapa sekitar Sri Iskandar, free delivery ya.. untuk weekdays saja..boleh pick-up kat UiTM Sri Iskandar.

New Price

Price Cupcakes and Cakes


a) FOR CUPCAKES ORDERS:-
Flavour: Vanilla / Chocolate/Chocolate Moist/ Orange/ Strawberry

Available Toppings :
Buttercream / Chocolate Ganache / Piping Jelly / Fondant /Cream Cheese

all cupcakes set include the 16 /25 Holes Cuppies Box.

Price for cupcakes :-
i) Cupcakes + Buttercream

Souffle cup S Size - 2.0 oz.
16pcs = RM 35.00
25pcs = RM 50.00

Souffle cup M Size - 2.5 oz.
16pcs = RM 40.00
25pcs = RM 60.00

ii) Cupcakes + Chocolate Ganache
Chocolate Moist CupCakes (high demand)
Carrot Almond Cupcakes +cream cheese


Souffle cup S Size - 2.0 oz.
16pcs = RM 45.00
25pcs = RM 55.00

Souffle cup Size M - 2.5 oz.
16pcs = RM 45.00
25pcs = RM 65.00

iii) Plain Cupcakes
Souffle cup s size -Rm 0.90
*additional 0.05 cents for packaging in loose plastic
*additional 0.25 for packaging in dome casing

paper cup - size 9 -RM 0.60 (budget cupcakes) >300PCS
only choc moist cupcakes

iv) Cupcakes+fondant
souffle cup s size-Price range Rm 4.00 to RM6.00/each

*notes
-additional price will be added for deco with cartoon, sugarpaste/fondant,

*for order more than 1000pcs,price is negotiable

b) Cakes
i. choc moist -9" RM 55
-7" RM 30

ii. vanilla/oren/strawberry butter (without deco) - 1kg RM 28.00
" (with buttercream) - 1kg RM 40


iii. carrot cheese cake with walnut 1.5kg (9 inci) - RM 65.00
8 inci( 750g) = rm 40

iv. Butter cheese cake 1.5kg - RM 65.00
8 inci (750g) =rm 40

c) Muffin
Flavour:Blueberry/choc chip/banana/pandan

*paper cup size m - rm 0.80
*muffin paper cup -rm 1.30
**minimum order 20 pcs

Terms of payment:

Booking required 50% deposit(I have to ask for deposit to avoid anya cancellation) and the balance upon delivery. Please bankin the deposit to my account (refer to details below) and email me payment details once done.

Name : Rufina Abdul Raof
maybank acc:162021005455

** order must be made at least 3 day earlier. For bulk order, 1-2 weeks in advance..
*** Price may subject to change from time to time**

Wednesday, April 15, 2009

Kelas Basic Cupcakes di Ipoh

Berminat?? Untuk tidak menghampakan kawan-kawan yang berminat dalam membuat cupcakes, feenacakes akan menganjurkan kelas basic cupcakes di Taman Meru 2B. Modul kursus:-

* Membancuh adunan kek
* Membuat buttercream
* Deco menggunakan buttercream, ganache dan piping jelly.
* 12 jenis deco/design yang akan ditunjukkan.
* Dapat bawa balik 12 biji cc- solo cup size M yang telah dideco sendiri.

Cadangan tarikh:
6/6/2010

Masa: 2.00 ptg hingga 6.00 (hingga selesai)
Minum petang disediakan.
Bayaran: Rm 120.00
1 sesi - maksima 5 org je..
- minimum 2 org.
Berminat sms/call: 019-5596869
email: feenacakes@yahoo.com
Bayaran deposit boleh dibuat diakaun Maybank: (untuk pengesahan tempat)
Name : Rufina binti Abdul Raof
Maybank Acc:162021005455

Sesame Street CC



Nie order dari zaidi gak, untuk anaknya bawa ke tadika. Saja makan-makan katanya, semoga terus dimurahi rezeki .

Choc Moist Cake


Order dari zaidi my ofismate, kali ke-3 dia order. Kali ini semperna birthday mak dia..Doakan semoga mak chik dipanjangkan umur dan dimurahi rezeki. Amin

Monday, April 13, 2009

Cc for Adik


Adik nie request untuk rasa, nak beli sikit dulu.. tak menjadi hal if kalau ada tempahan lainn.. boleh je.. sorry ya lupa nak tanya nama.. Keja kat Taiping, weekend balik Ipoh. Kebetulan ada buat lebih cc, boleh lah.. Cari rumah waktu malam, on the way balik Taiping kot.... nasib baik tak sesat..Thanks..

Order dari Azalia


Order dari azalia (KL) untuk Dr. zul di Ipoh. Bila tel bagitau untuk hantar cc, suka dia.... Kita pun tumpang suka krn. dapat mengembirakan dan memanjangkan kasih sayang sesama insan..ehhh..ehhh. Thanks Azalia.

CC for Isma




Order dari Isma, Klebang. Sebelum nie dia order cc pink tu.. kali niee cc nie jauh sikit merantau .. ke JB semperna pertunangan anak kawan Isma.. Thanks Isma.

CMC n CC for Syahirah



Order dari Syahirah dari JB, second time syahirah order, hari tu untuk Pak Chik nya..Kali ini Syahirah balik Ipoh, CMC cake semperna birthday dia n cc (flavour-coklat + ganache) untuk mama nya. Thanks Syahirah...

Friday, April 3, 2009

Cupcakes Class II-fondant


Mengikuti kelas cupcakes II - fondant pada 28/3. Antara jenis-jenis design yang diajar. Tak sempat nak pasang tangkai bakul tu.. belum keras. bawa balik rumah.. tengok-tengok dah patah. yang ribbon tu rasanya cikgu punya.. aku punya masuk dalam tupperware ..dah pataah..yang satu tu tak sempat nak hias.. ingatkan nak hias bunga-bunga yang telah siap dibuat kat kelas.. Balik rumah baru nak start deco balik, sepupu tel nak datang rumah.. langsung terus ke dapur...masak. datang dari Sg. Petani.. tak kan nak jamu air je.. Dah tertarik dengan barang-barang wilton niee.. lepas kelas terus rembat beli apa yang patut kat wah seng.

Wednesday, April 1, 2009

Carrot Cheese Cake



Order dari Ani, Port Kelang untuk Pak Udanya/abah yg. tinggal kat Ipoh. Rupanya Ani nie tokeh kek, baru sempat singgah blognya tadi. Alahai malunya teman n Ani.. deco teman tak cantik sgt. Dia sms bagitau depa semua kata kek niee sedap. Thanks Ani. Hubby yang tak suka kek pun, bila makan kek nie pulun sakan. Memang buat lebih untuk makan-makan kat rumah. Memang yummy...yummy..

Happy 4th birthday Raihan



Order dari my ofismate Niza,untuk Raihan anaknya. Dia order 2 biji CMC untuk taska n tadika. Untung Raihan dpt. 3 biji kek. 1 lagi katanya order kat Silibin . Tapi yang bestnya dia bgtau, kek akak lagi sedap dari Bread P....Thanks Niza, lain kali boleh order lagi..Tapi kasi tau akak awal sikit tau....ehhh...Niza juga secara sambilan mengajar kanak-kanak membaca buku menggunakan kaedah fonik, guna buku Bacalah Anakku. Kalau berminat bolehlah contact dia. Faris n Ira sekarang tengah berlajar n dia, dia nie memang penyayang orangnya...Niza, bulan niee kena kasi diskaun niee...ehhh..

Monday, March 30, 2009

Cupcakes


Order dari syahirah dari Jb untuk pak ciknya di Ipoh. Dia request cc deco untuk family , perasa coklat n choc ganache. Nielah hasilnya, katanya ada gak untuk anak buahnya, tu yg. lukis 5 orang lidi tu.. 3 girls n 2 boy. 1 yg. besar tu kira Pak cik nya lah..Nampaknya syahirah x dapat makanlah ya, next time kalau balik Ipoh bolehlah order lagi..ehh..Dia sms katanya kaknya bgtau sedap n cantikk.. Thanks syahirah.

Choc Moist cakes



Nie order dari wife isma(my ofismate), liza. Nie dah second time dia order. Kali nie untuk makan-makan kat ofis semperna gotong royong kt. PUO. Dia request 2 biji CMC.

Steam Buttercream Course

Kek nie dibuat semasa menghadiri steam buttercream course pada 28/3, sebelum cuti sekolah tempoh hari..Di ajar oleh kak Norpishah dari KL , yg. famous tu..tapi kursus ini dibuat kat Ipoh je..Best gak teknik niee, tak yah nak lepa buttercream, just goyah-goyah je.. belajar gak buat macam-macam bunga, rose,pioni , orkid. Macam dlm. gambar niee. Jng. puji tau.. Niee cikgu buat dahhh..eeehh
Sedap gak kek niee. tapi kena kurangkan gula.. manis sikit.. Besar sikit nozel tu, next time kena guna nozel star yg. halus sikit. masa terhad, main deco je... Habis kelas, ada buttercream lebihan tadi, terus melembutkan tangan buat rose.. tulah hasilnya 3 kuntum yg. bawah tu..Ehhh... rose tak rupa rose...ehhh