Monday, March 29, 2010

Wedding cake +cupcakes







Order dari Emma, Kampar sempena perkahwinannya pada awal Mac. Photo ehsan dari Emma, feena punya hilang.Thanks Emma. Cantik dan segak pengantinnya. Sebenarnya risau sangat, kek kat khemah dengan keadaan cuaca yang panas, takuttt... cairr. Tapi alhamdullilah semua masih cunn.. dan mendapat feedback yang baik dari Emma. Hilang segala kepenatan.. Thanks Emma.
Testimony
++++++++
sms dari emma..
kek x cair until nite. ramai puji kek 2 sedap.. so far saya puas hati dengan service akak.
Berminat,, call feena 019-5596869. Buat tempahan awal, yang pasti feena akan beri yang terbaik...

Wednesday, March 17, 2010

Wedding cake+cupcakes






Order dari seorang adik untuk abangnya di dewan Silveratage Ipoh. Tema perkahwinan silver, tapi bila silver digandingkan dng. merah.. Naik serinya, mendapat tumpuan dari tetamu yg. datang. Alhamdullilah mendapat feedback yg. baik dari Ida dan maknya. Nanti kita tunggu pula untuk abang dia lagi satu n Ida lak ya... Ida request 5 tingkat dari abang dia lakk...hihi. Senang berurusan dengan Ida dan mak Ida..Thanks Ida.

Testimony
++++++++

Kek tu sedap n cantik. ramai yang puji, nanti nak order lagi utk. abg..

Tuesday, March 16, 2010

Vanilla Cupcakes


Order dari Ila Manjoi, nie pun untuk birthday anak kawannya.. Ila antara customer terawal feenacakes. dan selalu membawa cupcakes sebagai buah tangan. Thanks Ila..

1-Malaysia Cupcakes


Order dari Ila untuk dibawa ke majlis kwn.nya. Tema 1 Malaysia..Along yg. buat logo nie tau..

Butter Cheese Cake


Dari Sham, my ofismate, butter cheese cake, 2kg. Dalam ada filling fresh cream dan peach..Bawa balik kg. sempena doa selamat utk. Aina dan birthday Aqil. Thanks Sham.

Testimony:

++++++++

Semua kata kek niee sedap kak, kek niee.. sekejap je dah licinn..

Hantaran Cupcake


Order dari Waty, edisi tertunggak CNY. Thanks Waty.

Wednesday, March 10, 2010

Cupcakes




Order dari wani semperna pertunangannya..Request dengan riben sekali.. Thanks Wani..

Fondant Cupcakes


Order dari Adik Taman Meru untuk pertunangannya.. Nak mcm n3 sebelum niee.Nasib baik dekat rumah je, senang cari rumah..masa niee hp tengah problemmm. Order nie semuanya semperna Tahun baru Cina.. Ramai yang bertunang dan kahwin.. Tersangat lah sibuknya. Alhamdullilah ..

Cupcakes


Order dari adik untuk ashraf.. Dah lama dah terperuk niee... Harap selamatlah cupcakes tu..pasai mai ambil naik moto skuter..sangkut je..hiiihi..

Choc Moist Cupcakes


Order dari Maniza semperna pertunangan beliau.Thanks Maniza.

Choc Moist Cake




Order dari seorang bapa untuk anaknya Lily Solehah.. Suka tengok lily niee..comel.. rasanya kek ini dibawa Kuantan .tq

Tuesday, March 9, 2010

CMC Cake+steambuttercream


Order dari Roslina untuk pertunangan adik iparnya.. Rupanya dengan Nariemah, satu ofis...

testimony:
Terus tanya Nariemah,,,Sedap kek tu kak..Tq..

CMC cake


Order dari Oli bersama dengan wedding cakes, nie untuk hantaran. Tq Oli.

Monday, March 8, 2010

3 tier's wedding cakes



Order dari Oli Kuala Kangsar, dugaan betul. HP dan tel rumah rosak, tunggu oli ambil dari jumaat pagi sampai malam x dtg. ambil. Awal pagi dia sms, feena lak dok sibuk kat bawah.. ingatkan sms along punya..lupa.. semalam tukar hp dengan along. hp feena buat hal..asyik 'hang' je.. Along lak keluar, siap pi rumah jiran lagi..pinjam tel..call along, ..bateri lak habis..cari fon kwn dia....huhu..kul 9am..dok teringat mana la oli x tel..terus call..rupanya pak cik dia dah dtg. tapi tak dapat cari rumah terus balikk. Nasib baik hubby ada, terus pi hantar kat Kuala Kangar.. Alhamdulillah. So la niee dah letakkan no. phone rumah ya.. Ada satu lagi kek hantaran dari Oli..tunggu ya..

Choc Moist Cupcakes


Order dari Eira. Comel Eira nie, jumpa kat giant tambun.. Thanks Eira.