Thursday, March 12, 2009

Cupcakes Hantaran




Lama nya tak update blog.. bz gile..Nasib baik aku yg. tak gile.. ehhhh..ehh. Nie order dari khairul my ofismate untuk hantaran.Dia yg. kasi design niee. Dibawa ke KL. Ada cerita disebalik cc niee. Bila dah siap deco dan buat untuk other customer. baru aku terperasan.. dah tertukar cc. Ros order perasa strawberry n khairul order perasa vanilla. Aku dah tertukar.. Nasib baik cc strawberry ada lebih ... Terpaksalah deco semula. Sebenarnya ada buat kepingan coklat n tulis selamat Pengantin Baru. CC nie nak dibawa ke KL. so masukkan kepingan tu dalam tupperware.. Rupanya-rupa khairul bagitau.. anak dia dani dok baca abc kat kepingan coklat.. n digoyang-goyang nya.. so dah hancur tulisan tu.. Nasib baik memang dah letak fondant love kat cc tu..CC nie diletakkan dalam kotak yang berlubang tu..senang guna kotak niee. Tapi kalau nak kena tambah hargalah ya.. dalam Rm 4. Lepas tu ikat ngan kain organza kilat .. guna kain organza kena tambah lagi RM 2. tapi lupa lak nak ambik gambar selepas diikat.

Spongebob cake




Nie dibuat semperna birthday Amat, my daughter, kira try la niee. Diserah pada along untuk lukis, free hand je..piping jelly pun dia yg. buat. Guna coklat ganache je.. tu yg. comot sikit. Lain kali kena guna coklat je tanpa campuran apa-apa.. baru line tu cantikk.. Dah pasang lilin baru teringat nak ambik gambar.. layann