Monday, April 13, 2009

Cc for Adik


Adik nie request untuk rasa, nak beli sikit dulu.. tak menjadi hal if kalau ada tempahan lainn.. boleh je.. sorry ya lupa nak tanya nama.. Keja kat Taiping, weekend balik Ipoh. Kebetulan ada buat lebih cc, boleh lah.. Cari rumah waktu malam, on the way balik Taiping kot.... nasib baik tak sesat..Thanks..

Order dari Azalia


Order dari azalia (KL) untuk Dr. zul di Ipoh. Bila tel bagitau untuk hantar cc, suka dia.... Kita pun tumpang suka krn. dapat mengembirakan dan memanjangkan kasih sayang sesama insan..ehhh..ehhh. Thanks Azalia.

CC for Isma




Order dari Isma, Klebang. Sebelum nie dia order cc pink tu.. kali niee cc nie jauh sikit merantau .. ke JB semperna pertunangan anak kawan Isma.. Thanks Isma.

CMC n CC for Syahirah



Order dari Syahirah dari JB, second time syahirah order, hari tu untuk Pak Chik nya..Kali ini Syahirah balik Ipoh, CMC cake semperna birthday dia n cc (flavour-coklat + ganache) untuk mama nya. Thanks Syahirah...

Friday, April 3, 2009

Cupcakes Class II-fondant


Mengikuti kelas cupcakes II - fondant pada 28/3. Antara jenis-jenis design yang diajar. Tak sempat nak pasang tangkai bakul tu.. belum keras. bawa balik rumah.. tengok-tengok dah patah. yang ribbon tu rasanya cikgu punya.. aku punya masuk dalam tupperware ..dah pataah..yang satu tu tak sempat nak hias.. ingatkan nak hias bunga-bunga yang telah siap dibuat kat kelas.. Balik rumah baru nak start deco balik, sepupu tel nak datang rumah.. langsung terus ke dapur...masak. datang dari Sg. Petani.. tak kan nak jamu air je.. Dah tertarik dengan barang-barang wilton niee.. lepas kelas terus rembat beli apa yang patut kat wah seng.

Wednesday, April 1, 2009

Carrot Cheese Cake



Order dari Ani, Port Kelang untuk Pak Udanya/abah yg. tinggal kat Ipoh. Rupanya Ani nie tokeh kek, baru sempat singgah blognya tadi. Alahai malunya teman n Ani.. deco teman tak cantik sgt. Dia sms bagitau depa semua kata kek niee sedap. Thanks Ani. Hubby yang tak suka kek pun, bila makan kek nie pulun sakan. Memang buat lebih untuk makan-makan kat rumah. Memang yummy...yummy..

Happy 4th birthday Raihan



Order dari my ofismate Niza,untuk Raihan anaknya. Dia order 2 biji CMC untuk taska n tadika. Untung Raihan dpt. 3 biji kek. 1 lagi katanya order kat Silibin . Tapi yang bestnya dia bgtau, kek akak lagi sedap dari Bread P....Thanks Niza, lain kali boleh order lagi..Tapi kasi tau akak awal sikit tau....ehhh...Niza juga secara sambilan mengajar kanak-kanak membaca buku menggunakan kaedah fonik, guna buku Bacalah Anakku. Kalau berminat bolehlah contact dia. Faris n Ira sekarang tengah berlajar n dia, dia nie memang penyayang orangnya...Niza, bulan niee kena kasi diskaun niee...ehhh..

Monday, March 30, 2009

Cupcakes


Order dari syahirah dari Jb untuk pak ciknya di Ipoh. Dia request cc deco untuk family , perasa coklat n choc ganache. Nielah hasilnya, katanya ada gak untuk anak buahnya, tu yg. lukis 5 orang lidi tu.. 3 girls n 2 boy. 1 yg. besar tu kira Pak cik nya lah..Nampaknya syahirah x dapat makanlah ya, next time kalau balik Ipoh bolehlah order lagi..ehh..Dia sms katanya kaknya bgtau sedap n cantikk.. Thanks syahirah.

Choc Moist cakes



Nie order dari wife isma(my ofismate), liza. Nie dah second time dia order. Kali nie untuk makan-makan kat ofis semperna gotong royong kt. PUO. Dia request 2 biji CMC.

Steam Buttercream Course

Kek nie dibuat semasa menghadiri steam buttercream course pada 28/3, sebelum cuti sekolah tempoh hari..Di ajar oleh kak Norpishah dari KL , yg. famous tu..tapi kursus ini dibuat kat Ipoh je..Best gak teknik niee, tak yah nak lepa buttercream, just goyah-goyah je.. belajar gak buat macam-macam bunga, rose,pioni , orkid. Macam dlm. gambar niee. Jng. puji tau.. Niee cikgu buat dahhh..eeehh
Sedap gak kek niee. tapi kena kurangkan gula.. manis sikit.. Besar sikit nozel tu, next time kena guna nozel star yg. halus sikit. masa terhad, main deco je... Habis kelas, ada buttercream lebihan tadi, terus melembutkan tangan buat rose.. tulah hasilnya 3 kuntum yg. bawah tu..Ehhh... rose tak rupa rose...ehhh


Friday, March 20, 2009

CMC Cakes






Order dari isma my ofismate.. untuk anak dia Azrul. Yg. Happy birthday liza tu untuk adiknya.. Mula-mula dia order 1 je.. tup-tup esok nak ambil, tambah 1 biji untuk adiknya.. nasib baik memang ada 1 lagi lebih.. Ingat nak makan-makan aje kt rumah..Dah rezeki depala tu.. Sebenarnya nie 2 minggu lepas punya order.

Cupcakes Hantaran -Pink




Nie order dari ros dari Chemor , dia minta CC pink color n bunga.. So terus buat mcm niee. Dia request 2 set , 1 set base putih n 1 set base cc pink.. Nie boleh dibuat hantaran, so posing cc niee n kotak berlubang tu n kain organza..Posing je..

Thursday, March 12, 2009

Cupcakes Hantaran




Lama nya tak update blog.. bz gile..Nasib baik aku yg. tak gile.. ehhhh..ehh. Nie order dari khairul my ofismate untuk hantaran.Dia yg. kasi design niee. Dibawa ke KL. Ada cerita disebalik cc niee. Bila dah siap deco dan buat untuk other customer. baru aku terperasan.. dah tertukar cc. Ros order perasa strawberry n khairul order perasa vanilla. Aku dah tertukar.. Nasib baik cc strawberry ada lebih ... Terpaksalah deco semula. Sebenarnya ada buat kepingan coklat n tulis selamat Pengantin Baru. CC nie nak dibawa ke KL. so masukkan kepingan tu dalam tupperware.. Rupanya-rupa khairul bagitau.. anak dia dani dok baca abc kat kepingan coklat.. n digoyang-goyang nya.. so dah hancur tulisan tu.. Nasib baik memang dah letak fondant love kat cc tu..CC nie diletakkan dalam kotak yang berlubang tu..senang guna kotak niee. Tapi kalau nak kena tambah hargalah ya.. dalam Rm 4. Lepas tu ikat ngan kain organza kilat .. guna kain organza kena tambah lagi RM 2. tapi lupa lak nak ambik gambar selepas diikat.

Spongebob cake




Nie dibuat semperna birthday Amat, my daughter, kira try la niee. Diserah pada along untuk lukis, free hand je..piping jelly pun dia yg. buat. Guna coklat ganache je.. tu yg. comot sikit. Lain kali kena guna coklat je tanpa campuran apa-apa.. baru line tu cantikk.. Dah pasang lilin baru teringat nak ambik gambar.. layann

Tuesday, March 3, 2009

Choc Cake


Cake ini dibuat semperna birthday Niza n Adi, my ofismate yg. jatuh dalam bulan Feb n March. Nie 2 minggu lepas rasanya.. Nie Choc Moist Cake.. dengan limpahan choc ganache.. Yummy.. yummySemoga dipanjangkan umur dan dimurahi rezeki.

Monday, March 2, 2009

CMC Cupcakes


Order dari Ummul dari Kolej perubatan. Design deco ummul yang kasi. Sorry ya ummul , akak tersilap susun cup Birthday tu . bila tengok gambar baru perasan. Thanks ummul.

Tuesday, February 17, 2009

Sardine Puff


Buat untuk makan anak-anak, dah lama beli, dok terperok kt . dlm. peti ais..Bila tengok ada lebihan sardin terus buat.. Sedap n senang sangat. Pastry beli yg. ready made je kat wah seng..brand kawan.. Jadi berlapis-lapis n rangup. Pasty tu dah dipotong segiempat.. letak inti terus lipat. Sapu je kuning telur kat atas dia.. bakar..Sekejap je licin..

Choc Chip Muffin


Choc Chip muffin order dari my neighbourd, guna resepi dari sifu hanieliza . Banyak resepi yg. feena cuba dari kak liza.. memang menjadi, seri muka(first time buat, jadi elok je n sedap), pizza, donut, muffin etcc.. Cubalah. Memang berbaloi.. Baik cuba resepi dari internet, dari beli buku.. jimat lak tu.. Apatah lagi bila resepi ramai yg. komen kata sedap....Memang tak rugi bila cuba..
Yang penting mesti rajin cuba....ehhh.. Nie yg. susah nak setiap hari rajin....M je yg. selalu ada...

Sunday, February 8, 2009

Blue n Yellow Cupcakes


Order dari Ina, nak deco macam my previous deco. Nie hasilnya..

Elmo CupCakes


Order dari Ita, jiran Sham my ofismate(my first customer). Thanks Sham kerana promote feenacakes. Ini untuk birthday girl, dia tak minta theme apa-apa, so decide buat cupcakes ceria-ceria.. Nielah hasilnya. Kamera belum repair lagi.. gambar tak cantikk.Main tangkap je..screen dah rosak..Huhh...