Thursday, April 1, 2010

steambuttercream cake + cupcakes



Order dari ida dan maknya, edisi tertunggak niee. Ini untuk hantaran dan juga makan-makan sebelum majlis perkahwinan abangnya. Thanks Ida.

Monday, March 29, 2010

Wedding cake +cupcakes







Order dari Emma, Kampar sempena perkahwinannya pada awal Mac. Photo ehsan dari Emma, feena punya hilang.Thanks Emma. Cantik dan segak pengantinnya. Sebenarnya risau sangat, kek kat khemah dengan keadaan cuaca yang panas, takuttt... cairr. Tapi alhamdullilah semua masih cunn.. dan mendapat feedback yang baik dari Emma. Hilang segala kepenatan.. Thanks Emma.
Testimony
++++++++
sms dari emma..
kek x cair until nite. ramai puji kek 2 sedap.. so far saya puas hati dengan service akak.
Berminat,, call feena 019-5596869. Buat tempahan awal, yang pasti feena akan beri yang terbaik...

Wednesday, March 17, 2010

Wedding cake+cupcakes






Order dari seorang adik untuk abangnya di dewan Silveratage Ipoh. Tema perkahwinan silver, tapi bila silver digandingkan dng. merah.. Naik serinya, mendapat tumpuan dari tetamu yg. datang. Alhamdullilah mendapat feedback yg. baik dari Ida dan maknya. Nanti kita tunggu pula untuk abang dia lagi satu n Ida lak ya... Ida request 5 tingkat dari abang dia lakk...hihi. Senang berurusan dengan Ida dan mak Ida..Thanks Ida.

Testimony
++++++++

Kek tu sedap n cantik. ramai yang puji, nanti nak order lagi utk. abg..

Tuesday, March 16, 2010

Vanilla Cupcakes


Order dari Ila Manjoi, nie pun untuk birthday anak kawannya.. Ila antara customer terawal feenacakes. dan selalu membawa cupcakes sebagai buah tangan. Thanks Ila..

1-Malaysia Cupcakes


Order dari Ila untuk dibawa ke majlis kwn.nya. Tema 1 Malaysia..Along yg. buat logo nie tau..

Butter Cheese Cake


Dari Sham, my ofismate, butter cheese cake, 2kg. Dalam ada filling fresh cream dan peach..Bawa balik kg. sempena doa selamat utk. Aina dan birthday Aqil. Thanks Sham.

Testimony:

++++++++

Semua kata kek niee sedap kak, kek niee.. sekejap je dah licinn..

Hantaran Cupcake


Order dari Waty, edisi tertunggak CNY. Thanks Waty.

Wednesday, March 10, 2010

Cupcakes




Order dari wani semperna pertunangannya..Request dengan riben sekali.. Thanks Wani..

Fondant Cupcakes


Order dari Adik Taman Meru untuk pertunangannya.. Nak mcm n3 sebelum niee.Nasib baik dekat rumah je, senang cari rumah..masa niee hp tengah problemmm. Order nie semuanya semperna Tahun baru Cina.. Ramai yang bertunang dan kahwin.. Tersangat lah sibuknya. Alhamdullilah ..

Cupcakes


Order dari adik untuk ashraf.. Dah lama dah terperuk niee... Harap selamatlah cupcakes tu..pasai mai ambil naik moto skuter..sangkut je..hiiihi..

Choc Moist Cupcakes


Order dari Maniza semperna pertunangan beliau.Thanks Maniza.

Choc Moist Cake




Order dari seorang bapa untuk anaknya Lily Solehah.. Suka tengok lily niee..comel.. rasanya kek ini dibawa Kuantan .tq

Tuesday, March 9, 2010

CMC Cake+steambuttercream


Order dari Roslina untuk pertunangan adik iparnya.. Rupanya dengan Nariemah, satu ofis...

testimony:
Terus tanya Nariemah,,,Sedap kek tu kak..Tq..

CMC cake


Order dari Oli bersama dengan wedding cakes, nie untuk hantaran. Tq Oli.

Monday, March 8, 2010

3 tier's wedding cakes



Order dari Oli Kuala Kangsar, dugaan betul. HP dan tel rumah rosak, tunggu oli ambil dari jumaat pagi sampai malam x dtg. ambil. Awal pagi dia sms, feena lak dok sibuk kat bawah.. ingatkan sms along punya..lupa.. semalam tukar hp dengan along. hp feena buat hal..asyik 'hang' je.. Along lak keluar, siap pi rumah jiran lagi..pinjam tel..call along, ..bateri lak habis..cari fon kwn dia....huhu..kul 9am..dok teringat mana la oli x tel..terus call..rupanya pak cik dia dah dtg. tapi tak dapat cari rumah terus balikk. Nasib baik hubby ada, terus pi hantar kat Kuala Kangar.. Alhamdulillah. So la niee dah letakkan no. phone rumah ya.. Ada satu lagi kek hantaran dari Oli..tunggu ya..

Choc Moist Cupcakes


Order dari Eira. Comel Eira nie, jumpa kat giant tambun.. Thanks Eira.

Monday, February 22, 2010

CC hantaran


Order dari adik (terlupa lagi)...sorry sangat.. Rasanya untuk empunya diri.. Thanks Adik.

CC HANTARAN




Order dari Nana,2 set 16 pcs, 1 untuk hantaran ,tema hitam +silver dan 1 set lagi untuk makan-makan. Tak dapat jumpa nana masa dtg. ambil. Thanks Nana. bila nak mai berlajar niee..haha..

Testimony: sms dari Nana
kak feena.tq. cake sedap n cantik. sy minat nak berlajar niee....


CMC + Butter Cheese Cake



Order dari Liza untuk anaknya Fahmi, CMC untuk Fahmi bawa ke sekolah dan butter cheese cake untuk makan-makan kat rumah. thanks Liza.

CMC


Order dari ibu insyarah, satu taman dengan feena. Bapa Insyirah rupanya 1 kelas dengan hubby semasa kat PUO dulu,,kiranya dah 20 tahun tak berjumpa.Thanks.

Friday, February 19, 2010

Fondant Cupcakes




Order dari Azlin KL untuk En. Shahe di Kolej Kejururawatan Tanjung Rambutan. Delivery ke sana, suka En. Shahe bila menerimanya. Menumpang kegembiraan bila dapat menyatukan dan menyambungkan kasih sayang dua insan..hihi.. Azlin yang request design yg. pernah buat sebelum niee.

Testimony:

Sampai je di rumah dapat sms dari Azlin, shahe kata cc tu sedap dan cantik.. Thanks Azlin n Shahe..Nanti hari bahagia jangan lupa akak tau..hiii..

Tapi kenangan mengusik jiwa bila menjejakkan kaki di pintu masuk hospital bahagia. Kenangan suka duka bersama kawan-kawan di PUO sesi 1987/1989 bahagian tek. komputer sistem, menziarah kwn. disini.. Di mana kalian semua, semuga sihat hendaknya...

Roses Cupcakes


Order dari Rin KL untuk kak Tina di Chemor, siap delivery sekali. Rin request roses, seronok kan ada kawan/saudara mara yg. sentiasa mengingati kita walaupun berada di mana -mana saja. Feena pun suka buat delivery, bila melihat penerima tersangatlah sukanya.. Tapi delivery area ipoh aje untuk weekdays ,itu pun waktu lunch or lepas ofis. Kalau hari weekend bolehlah luar area ipoh.Thanks Rin.

Pinky Cupcakes


Order dari seseorg untuk kak ita di ipoh. Sorry, dah tak ingat nama.

Mixed cupcakes




Order dari Kak hanis dari KL untuk majlis di Taiping. 100 pcs buttercream cupcakes dan 16 pcs fondant. Siap tulis nama anak-anak buah lagi, tapi gambar tu ada kt ofis lakk..Tentu depa berebut cari nama depa..haha..Thanks Kak Hanis.

CMC cupcakes


Order dari Isma Klebang, untuk hantaran kawannya. CMC topping dengan choc ganache. Dah banyak kali Isma order , dia pengemar choc ..Thanks Isma. Tak dapat nak bercerita panjang, nak kena habiskan edisi tertunggak niee..tumpang angin rajin tengah datang..haha..

Butter cheese cake


Order dari Azlina untuk birthday anaknya,buttercheese cake. Thanks Ina.

Steambuttercream choc & butter cheese cake





Masih lagi order bulan Disember, Order dari Sharifah PKNP, choc moist topping dengan steambuttercream dan satu lagi rasanya buttercheese cake. Steambuttercream tu untuk pak saudara sharifah di Manjoi. Thanks Sharifah.

Wednesday, February 10, 2010

Fondant Cupcake


Untuk hantaran, tapi sorry lupa nama la pulak..Nie la jadinya bila lambat update, order utk bulan 12. Thanks Adik. Mata dah ngantuk sangat, nanti sambung lagi ya, bulan 12 masih ada lagi yg. belum update..

Ben 10 Cakes + cupcakes







Order dari Suhaila dari Taiping, sebenarnya ada 2 biji kek dan 45 cupcakes. Cupcakes diisi dalam bekas dome. Tapi untuk kek satu lagi untuk kakak nya lupa la pula nak snap gambar..Nie pun bulan 12 punya.Thanks Suhaila.

CMC cake


Order dari kawan lazman dari ILP Nibong Tebal , sorry sangat dah lupa nama. Kelakor la pula si lazman niee, siap call nak pastikan betoii ke kak feena niee..hiii..Thanks ya..

Cc for Aqiqah


Order dari fiera untuk majlis aqiqah anaknya. Dah lama dok terperap niee, rasanya bulan nov niee. Sorry Fiera.

Wednesday, January 27, 2010

wedding cakes-III




Order dari Farah, tema putih ,minta buatkan sama seperti n3 sebelum nie , choc cake + steambuttercream. Thanks Farah.