
Friday, July 10, 2009
Power puff Girls Cakes
Hantaran Cupcakes

Order dari Ila( betul ke niee-lupa), untuk pertunangan dia. Dia request design dari kak fiza chiquecakes. Tapi tak adalah ikut 100% , nasib baik sempat. Ingatkan dia dok taman meru je, rupanya sg. siput. Thanks Ila.
Wednesday, July 8, 2009
Boo Monsters Cakes

Order dari http://mummydhiyacollections.blogspot.com/ untuk birthday anaknya.. My first, free hand cartoon......liya kasi gambar boo monsters.. Feena pun tak pernah tengok cartoon niee. Cantikk gambarnya.. Tapi tu je yg. terdaya teman buat..ha..ha.. Harap Liya puas hati la ya.. Pukul 5.00am baru dapat tidur, jam loceng hubby dah bunyi untuk dia bangun..huhu..Esok paginya nak ke KL.. Memang letih betoii..Memang tak kreatif bab-bab lukis niiee.. last-last esok pagi, minta along touch-up muka dia... baru ok sikit...
Tuesday, July 7, 2009
Monday, June 29, 2009
Simple Cupcakes
Cupcake for Father's Day
Carrot Cheese Cake
Choc Moist Cupcakes- Doorgift
Tuesday, June 23, 2009
Upin n Ipin Cakes


Order dari Rozie, kebetulan ada extra gambar upin n ipin, tapi kecik je la.. Rozie order nie kira adhoc la juga.. hari khamis petang order, majlis hari Sabtu. Choc Moist Cakes, topping dengan buttercream, filling dengan choc ganache. Berat kek tu 2.5 kg, yang seronoknya masing-masing dok sebut ramai-ramai " nak gambar, nak gambar".Ha..ha.. Thanks Rozie..
Testimony
+++++++++++
Depa kata kek tu sedap, cepat je habisnya.. Rozie pun sempat rasa sepotong je..
Booties Cupcakes
Thomas Cupcakes



Order dari Taty semperna birthday irfan, diraikan bersama-sama kawan-kawannya di Taska Visi Cemerlang.. Ada 2 ekor mickey tersesat nak berkawan dengan thomas. Irfan, ben 10 Irfan kena tunggu hari ahad ya..Sorry!! Thanks Taty.
Sekiranya berminat utk. edible image nie kena tempah awal ya..kena beli on-line dari KL.
Welcome back CC
Monday, June 22, 2009
Kelas bersama Linda


Masa cuti sekolah baru nie balik kg, berkesempatan mengikuti kelas bersama linda di Sg. Dua. Rupa-rupanya shada pun ada join sama..sebelum nie kita kenal di alam maya je kan.. Bersama suzi dari KL. Jauh dia datang bersama emaknya.. Tu white choco, feena paling last balik, pukul 8 malam. Hubby datang ambik pukul 6, dah siap pesan jng datang , tunggu call dulu..Tup-tup kul 6 dia yg. call, dah ada depan rumah linda.. Merayau la depa, tunggu. Apa pun puas hati ikuti kelas niee..Sapa nak order mcm nie, bolehlah habaq mai.. white choc tu manis sikit.. So nak tukar ke choc ganache pun boleh...
Choc Moist Cake
Wednesday, June 17, 2009
Order from Aton
Ben 10 Cakes

Order dari Liza my ofismate,seperti biasa butter cheese cake filling dengan fresh cream+ peach fruits n topping with fresh cream. Berdebar gak kerana guna edible image ngan fresh cream, kecil je gambar ben 10 tu , beranilah sikit. Takut edible image tu kembang. Kek nie semperna birthday Aiman yang ke 11 tahun.. Thanks Liza.
Tuesday, June 16, 2009
Home Sweet Home Cupcakes

Order dari Lia Manjoi, untuk kawannya yang baru berpindah rumah. Dia request pink color. Seronoknya dapat kawan macam Lia. Lepas order yg. nie, ada lagi lak untuk kawan dia yg. lain lakk. Thanks Lia. Thank juga pada kak fiza kerana sudi berkongsi nozel yg. digunakan untuk membuat rose nie.
Friday, June 12, 2009
Blue or purple cupcakes???


Order dari Hanim, 50 pcs choc moist cupcakes, topping dengan buttercream. Sebenarnya cupcakes nie purple color tapi bila snap jadi blue.. Ingatkan pakai h/set jadi macam tu..rupanya kata my ofismate subhi , kamera dia yg. canggih pun jadi lagu tu.. Kamera pun rabun color ya..ha..ha..Nasib baik Hanim sms tanya, dah lupa sikit.. sebelum nie dia dah order CMC n order sekali u cc 1 bulan awal. Lepas tu lak tukar buku baru.. langsung terlupa...Sorry ya Hanim.. Thanks and balik Ipoh nanti order lagi tau...
Wednesday, June 10, 2009
Guitar n book Cupcakes
Butter Cheese Cake

Nie order dari Zulkhairi untuk wife dia, Ina semperna birthday Ina. Depa nie my ofismate.... Butter cheese cake, frosting dengan fresh cream. Ada lak accident, dah siap deco terjatuh la pula buah peach kat tulisan tu...hu.hu.. tu yg. comot sikit...Sorry ya Ina...Thanks zul.
Testimony dari Ina
++++++++++++++
Sedapla akak kek tu..
Holiday Cake

Nie dibuat untuk dimakan bersama mak, ayah dan adik-adik semasa bercuti.. Cheese butter cake, filling n buah peach, fresh cream n topping with buttercream. Yummy..yummy. Selamat gak dalam perjalanan kek tu. Dapat gak adik Ipar Ida makan, dia tengah tunggu hari je niee..memang syok tengok depa makan..licinnnn. Last-last 2 hari lepas bercuti terus bersalin..alhamdulillah.
MU cupcakes

Nie juga dari Ina seramik, MU theme . Dia request buat padang bola dan Logo MU. Dapat buat 1 je logo. Itu pun tidur pukul 3.30am. Puas dok cari coklat bola, hubby dah beli tadi... last-last esoknya kena beli lain.. Ira dah kidnap. Bila sapu sampah baru perasan, kertasnya disorok bawah meja.. sedangkan dah beli lebih tu....bertuah betul .. Bila tanya, sapa pun tak mengaku..ha..ha...
Monday, June 8, 2009
Spongebob Cupcakes

Order dari Ina Seramik untuk birthday Diana. Thanks Ina. Dia order 1 set spongebob, 1 set football theme dan muffin. Gambar muffin gelap gelita, pasal rupa muffin tu pun gelap,almaklumlah choc Muffin, dok lak dlm box.. ha..ha.. Mata pun dah ngantuk, walaupun baru pukul 11pm.. Penatnya... zzzz.. sambung lain kali ya..
Puteri Islam Cake

Order dari Puteri Islam semperna jamuan perpisahan, 1/2 kg je..berebutlah kome... Niee cake butter cheese, topping dengan buttercream, filling dengan fresh cream dan buah peach. Kroll yang order, so dia minta nak try tulis sendiri..cantik gak..bawalah nozel tu ke ofis... last-last entah manalah aku letak nozelku itu.. hu..hu..Thanks Kroll.
Cakes With Edible Image


Tempahan dari Kroll my ofismate semperna anniversary yg. ke 8 tahun. Tahniah kroll, semoga bahagia hingga kehujung nyawa. Kek butter cheese cake topping dengan buttercream, filling dengan buah peach dan fresh cream. Yummy...yummy.. Thanks Kroll, dia yg. request nak buat mcm. tu. siap ada buah kiwi lagi..Pada sesiapa yg. nak tempah edible kena kasi tau awal ya..Feena beli online kat eleafrost.Boleh tengok gambar yang telah sedia ada atau boleh juga dibuat editing.
Sunday, June 7, 2009
Pinky n blue cupcakes


Lamanya tak update. Agak bz dengan keja kat ofis n tempahan. Order dari kak Non my x-ofismate, untuk kedua anak amirah n farihah. hanya selang sehari je birthday depa niee.. Kak Non order 3 set untuk 25 pcs, untuk dibawa ke asrama anaknya n makan kat rumah. Yang satu set lagi, lupa lak snap. Thanks Kak Non.
Tuesday, May 26, 2009
KELAS MASS DELIGHT DI IPOH
Kelas ini dikendalikan oleh Pn. Mastura binti Yusof dari Kuala Lumpur yang berpengalaman berbelas tahun dalam bidang masakan seperti pembuatan biskut, kek, kuih tradisional dan juga katering. Untuk maklumat lanjutlah boleh melayari website beliau: http://massdelight.myportal.my
Modul 1: Mass Delight Cheese Cake Class
Tarikh : 28.6.09 (ahad)
Yuran : RM130
Masa : 10.0 pagi-1.00 ptg
Lokasi : No. 6 Jalan Taman Meru 10,
Taman Meru 2B, 30020 Ipoh
Type : Demo
Cheese Cake Class
Mini brown cheese cake
Blueberry Choc cheese cake
Oreo baked cheese cake
Toffee Caramel cheese cake
Tuilti Fruilti Cheese cake
Bonus resepi: 3 jenis
Italian Tiramisu
Banana Hazelnut with caramel souce
Victoria Sandwich Cake
Modul 2: Mass Delight Cookies Class
Tarikh : 28.6.09 (ahad)
Yuran : RM130
Masa : 2.0 ptg-5.30 ptg
Lokasi : No. 6 Jalan Taman Meru 10,
Taman Meru 2B, 30020 Ipoh
Type : Demo
Jenis-jenis biskut:(10 jenis)
Blueberry Cheesy tart
Blueberry Tart
Puteri Salju
Wavy Choc
Glitter Bright
Orange Mousse
Cheese Prune Top
Strawberry finger
Lovely Snow
Black Forest oat meal
Bonus resepi :10 jenis cookies
Sila bawa bekas tupperware.
Sekiranya berminat sila email feena69@gmail.com or tel no. 019-5596869, bayaran deposit RM 50.00 ke akaun Maybank Name : Rufina binti Abdul Raof Maybank Acc:162021005455.
Modul 1: Mass Delight Cheese Cake Class
Tarikh : 28.6.09 (ahad)
Yuran : RM130
Masa : 10.0 pagi-1.00 ptg
Lokasi : No. 6 Jalan Taman Meru 10,
Taman Meru 2B, 30020 Ipoh
Type : Demo
Cheese Cake Class
Mini brown cheese cake
Blueberry Choc cheese cake
Oreo baked cheese cake
Toffee Caramel cheese cake
Tuilti Fruilti Cheese cake
Bonus resepi: 3 jenis
Italian Tiramisu
Banana Hazelnut with caramel souce
Victoria Sandwich Cake
Modul 2: Mass Delight Cookies Class
Tarikh : 28.6.09 (ahad)
Yuran : RM130
Masa : 2.0 ptg-5.30 ptg
Lokasi : No. 6 Jalan Taman Meru 10,
Taman Meru 2B, 30020 Ipoh
Type : Demo
Jenis-jenis biskut:(10 jenis)
Blueberry Cheesy tart
Blueberry Tart
Puteri Salju
Wavy Choc
Glitter Bright
Orange Mousse
Cheese Prune Top
Strawberry finger
Lovely Snow
Black Forest oat meal
Bonus resepi :10 jenis cookies
Sila bawa bekas tupperware.
Sekiranya berminat sila email feena69@gmail.com or tel no. 019-5596869, bayaran deposit RM 50.00 ke akaun Maybank Name : Rufina binti Abdul Raof Maybank Acc:162021005455.
Spongebob Cupcakes




Order dari Niza Cameron Highlands, kebetulan dia balik Ipoh. Dia order 2 set -25 pcs tema spongebob n 1 set design apa-apa je..Nielah hasilnya..Minta ALong tulis lukis muka spongebob tu.. tulah yang paling senang.. tapi ketar gak tangan nak buat pipi merah tu.. ha..ha.. n ada 8 pcs edible image spongebob , order dari mama lea-oven. Kalau ada yang berminat, kena bagitau awal ya.. pos dari KL niee.. Sapa tau kat mana nak cari edible image kat Ipoh... angkat tangan...ha..ha..aku nampak ka..ha..ha..Niza pun join kelas cupcakes, masa balik dia bawa balik 4 kotak berisi cc n cake.. Adik nya kena riba..dah tak ada tempat da..huhh.. sampai cameron ke?..pasai dia kata nak sambut birthday anaknya kat cameron..Dok diam-diam no...ha..ha..ha.. Dah ngantuk niee. 2.22 am da..ada projek hujung minggu lagi...tunggu...
PTK Cake


Order dari cikgu Niza sek. teknik Sri iskandar. vanilla cupcakes n choc. moist cake. CMC tu untuk husbandnya yang dapat PTK 4-4..Congrats.. s tu dah tambah masa masukkan dalam kotak..ha..ha..Bukan senang tau nak dapat 4-4, aku lah tu.. dah 4 kali ambik baru lulus...ha..ha...Dah fed-up nak pi ambik lagi.. biarlah.. Orang lain dah naik pangkat .. tapi aku bahagia sekarang.. Dah tak jadi boss..Dulu kepalaku pening, memikirkan hal kerja.. sekarang, pening gak..ha..ha..tidur lambat la pula tapi enjoy...jadi midnite baker..Thanks Niza..
Happy Teacher's Day


Order dari Ina Seramik, banyak sangat ina kat sini..so kena tambah nama sikit..ha..ha..ha Kat Ilp Ipoh ada kursus seramik, sapa-sapa nak order seramik untuk doorgift ke, cenderahati ke.. boleh lah datang sini.. Pinggan ala-ala vantage pun ada ... Murah-murah aje...iklan sekejap untuk seramik..ha..ha.. Nanti jangan lupa ina, kasi akak pasu yg. cun ya.. Kiranya yang nie ad-hoc la..tengah hari Ina tanya,esoknya dia nak... Masa nak decorate cake aku dah memang tahap gaban ngantuk..Gambar pun blur jadinya.. mcm org.nya ketika itu.. ha..ha..ha.. dah pukul 3am beb.. Esok keja.. nasib baik hari jumaat, sempatlah tidur tengah hari tu jap. Ina order 1 set cupcakes n 1.5kg choc. moist cake untuk diberi pada tadika n taska untuk anaknya. Bila ina bagitau cikgu-cikgu suka n cakap sedap, terus hilang rasa letih..ha.ha.Thanks Ina.
Testimony
Cikgu kata sedap n sayang sgt. nak makan cupcakes.. petang baru dia makan...
Selamat Hari Guru

Kek nie untuk guru-guru mohd. firdaus di SKJ semperna sambutan hari guru pada jumaat yang lepas. Kesian mamat, malu agaknya nak bawa kek tu kat cikgu dia, siap suruh masukkan dalam plastik, supaya tak nampak. Layan je la.. Last-last baru tahu, bila nak turun kereta dia kata kat abah dia, mamat seganlah nak kasi cikgu,, apa-apa je anak ku niee...hii..hii.. Dia yang minta buatkan kek niee.bila ambik dia balik, sengih je.. cikgu kata sedap kek tu...
Subscribe to:
Posts (Atom)























