Friday, May 1, 2009

Kelas Basic Cupcakes (Ipoh)-1/5



Kelas dijalankan pada hari nie 1/5 seramai 2 org. Satu pengajaran yang sangat berharga kerana mudah mempercayai orang.. Mulai hari nie sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas kena jelaskan deposit 1 hari sebelum tarikh kelas dijalankan. Harap Maklum.
Dihadiri oleh Yang Nazhatul dari Menglembu dan Ila dari Manjoi. Yang nie pegawai bank, dah tak nak pandang belakang dah lepas niee katanya. Cantik dan kemas kerjanya..Macam-macam kursus dia nak pi lepas niee.. Berderet beb...Semangat dia, yang tak tahannya dia nak pi kursus Kak Mas Delight di Ampang ,KL hari ahad nie...Feena lak dari tahun lepas lagi teringin nak pi kelas kak Mas.. still tak pi lagi. Harap-harap 27/6 kelas Kak Mas di Ipoh akan menjadi kenyataan. Kak Mas akan datang ke rumah Feena pada 27/6 (Ahad) untuk kelas Cake dan biskut. Berminat, sila beri nama ya..Nanti feena akan buat pamplet untuk jenis-jenis biskut dan cake yang akan diajar.

Ila seorg. suri rumah. Juga tak pernah pegang nozel tapi sangat berminat nak berlajar deco niee. Yang penting ada minat, pasti boleh punya.. Tak percaya tengok lah deco depa, yang tak pernah pernah pegang nozel boleh deco..lepas nie gi beli nozel .tanya je auntie kat kedai ws tu..jng segan..dia tak marah walaupun berla... sikit. Kenapa ya kedai bakery kat Ipoh niee eksyen semacam je.??? Lepas nie masing-masing dah ada perancangan nak buat cc untuk anak kasi kat cikgu semperna Hari Guru nanti.


Mula-mula feena akan ajar deco atas board, buatlah sampai puas hati deco tu,, lepas tu baru deco kat atas cupcakes. Untuk yang berminat kelas seterusnya pada 9/5 (Sabtu).
Habis kelas dapat sms dari Yang, katanya:mak mertua Yang, yg. x pernah suka kek suka sgt. kek feena. Hubby pun cakap sedap..
Yang bestnya Hubby dia pernah jadi Chef kat Hotel Istana. Tu yg. mahal tu bila chef kata sedap..ehh..Tqvm Yang.

0 comments: