Friday, November 13, 2009

Kelas fancy Choc




Kelas bersama linda di Sg. Dua, bermula dari pukul 2pm - 6.00pm. Malam tu terus balik ke Ipoh. Seronok bermain dengan choc. Feena bersedia mengambil tempahan choc sebagai doorgift semperna musim perkahwinan bulan Nov dan Disember. Cantik, Menarik dan rasa choc yg. sangat sedap. Nie adalah hasil disepanjang kelas. Layannnn..

BonBon Chocolate(Dark n Milk)



Nie Milk choc berbentuk bola. Filling dengan inti kekacang


Nie choc bersama Lolipop.



Oreo Choc


Teddy bear Choc. (Waktu terdekat tak dapat ambil order niee, belum jumpa acuannya.)

Layer Choc.


Nie ambil kat rumah. Kelabu la pula.. Gambar di atas ikhsan dari Linda. Sampai rumah dia sempat snap 1 gambar je..low battery..huhu..Thanks linda kerana berkongsi ilmu bersama.
Harga pengenalan yang menarik bersama kotak yg.cute (kotak hitam) bermula dari RM 1.60 hingga RM 1.80.( 2 pcs choc -love/rose).

Wednesday, November 4, 2009

2tiers Wedding Cakes-White+ Silver





Order dari Pn. El PKNP semperna majlis perkahwinan anaknya di Dewan Silveritage Medan Gopeng hari sabtu lepas. Terus hantar ke dewan, cantik hiasan dewan, pelamin dan juga pengantinnya.. Congrats ya..Putih + Silver satu kombinasi warna yg. begitu anggun dan bergitu suci dan bersih..OOpss..ada nampak cake la pula..Tak perasan lak pula.. Menggunakan wilton tiers yg. baru .Tengah hari sempat datang ke majlis beliau. Tiba on-time pengantin nak potong kek..Dalam malu-malu kucing dpt gak snap photo tu dari jauh..tak sempat nak zoom....Pn. El , kalau ada photo nanti kasi ya, boleh saya tukar gambar tu. Selesai sudah task yg. begitu mencabar untuk last week, walaupun tersangatlah penatnya tapi hilang selepas mendpt. pujian dari semua. TQVM.
Untuk bakal-bakal pengantin, tawaran harga istimewa akan diberikan untuk sepanjang majlis pertunangan dan pekahwinan bulan Nov hingga Mac. Sila membuat tempahan awal. Sila email feena69@yahoo.com or call 019-5596869

Hantaran Cake-Steamed buttercream


Order dari Kroll untuk majlis pertunangan saudaranya..Thanks kroll kerana berulangkali order dengan akak. Sorry ya.. lupa tulis selamat bertunang. Nasib baik masih ada masa nk tulis, tapi lupa lak nak snap.Thanks Kroll.

Tuesday, November 3, 2009

My 1st 2tiers Wedding Cake



Order dari Jana, Kampar untuk majlis perkahwinannya , sabtu lepas. 12 " Cmc dan 9 " CMC. Sebelum ini dia ada order kek untuk majlis pertunangannya. Thanks Jana kerana memberi kepercayaan untuk akak sekali lagi. Minggu yang betul- betul mencabar, kena siapkan 5 cakes -steam buttercream. Alhamdullilah berjaya juga akhirnya dan hilang segala kepenatan setelah mendpt. sms dari Jana berpuas hati dengan hasilnya....Jana ,jng lupa nanti email gambar ya..
Sambung esok lak, dah ngantuk.zzzz..
testimony
++++++++
sms dari jana. keknya sedap n thank kak wat cantik..


Ana & Adriana Cake



Order dari Kak Ros, ibu kepada kwn. along untuk cucunya Adriana. Satu taman je..Comelnya Adriana.. Sayang sikit gambarnya kurang jelas. Vanilla Cake. Thanks kak Ros, lain kali boleh order lagi.
Untuk yg. ingin order edible,diharap dptkan. gambar >300kb. Baru dia cantikk..Harganya pula, mengikut harga kek + rm 26(harga edible -tiada caj tambahan dari feena).Kalau hantar awal boleh murah sikit, guna pos ekspres. Boleh visit blog k.lea

testimony
++++++++++++
TQ feena, cake tu cantik n sedap pula tu..

CC hantaran -V



Order dari Rozie, untuk majlis bertunang Zie & Zam. Macam dia punya je,,lupa lak nak tanya.. hii.hii.depa dah sesat cari rumah, terus minta tunggu je kat kedai. Thanks ya Rozie.

Little Mermaid CC & Cake





Order dari En. Rhoma & Izwah untuk birthday anaknya izzaty. Izatty sambut birthday kat taska n tadika. CMC cc 50 pcs dan CMC cake. Pasti Izzaty tersenyum lebar tengok gambar dia kat cc n cake tu kann..Thanks.
Untuk yg. berminat menggunakan edible, sila maklumkan awal ya, paling kurang 5 hari, teman order on-line dari Kl. jadi ambil masa sikit..Thanks

Cupcakes untuk ibu




Dari seorg anak untuk ibunya yg. tercinta. Thanks Farah.