Wednesday, May 13, 2009

Marble Cheese Brownies



Order dari Adi, mula -mula buat brownies nie masa jamuan untuk Tun n Leen. Hari Jumaat Adi minta buat untuk MIL dia. Hari Sabtu Adi call lak untuk buatkan lagi 1 untuk mak dia, nak ambik hari Ahad. Petang Sabtu terus buat, n minta Along hantar ke rumah Adi. Siap sms kat Adi, yang satu tu baru masak, mungkin dia tak moist lagi...Tapi dapat message dari Adi..katanya sedap dah habis separuh loyang dah makan.. Tak sempat nak tunggu esok..Hi...hii.. Thanks Adi.

Nie resepi dari kak rinn yang rajin sgt...Thanks kak Rinn.. Feena copy je dari Kak rinn.. kalau nak tau step by step ke pi kat website kak Rinn la..http:/rinnchan.fotopages.com . Yang tengah rajin buat roti tu.. intai-intailah dapur kak rinn tu... gebu-gebu je roti nya..tapi yang lemahnya.. nak buat corak dia.. Hii..hiii. so ku buat petak-petak je...Sorry Adi.. Sapa nak order habaq mai sini...Hiii..hii.. Nak buat nie resepi nya..

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :

250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor ( feena kasi 1 cwn je)
1/2 cwn susu cair ( feena guna fresh milk)
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:

250g cream cheese
1 cwn gula castor (feena guna 1/2 cwn je)
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20 min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

0 comments: